• Selangor akan menghadapi PKNS FC dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium KLFA pada Sabtu ini. Penulis berpendapat para pemain Selangor perlu memberi sepenuh perhatian kepada perlawanan ini kerana trofi Piala FA edisi kali ini merupakan peluang keemasan bagi Selangor yang tidak boleh dilepaskan.

    Jika berjaya memenangnya, maka Selangor akan kembali bermain dalam saingan Piala AFC tahun hadapan. Kali terakhir kita melihat Selangor bermain dalam kejohanan ini ialah pada 2016 dimana mereka hanya mampu menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

    Persediaan pasukan Selangor untuk menghadapi PKNS FC Sabtu ini boleh dikatakan cukup baik. Dalam empat perlawanan terakhir, Selangor berjaya memenangi dua perlawanan dan dua seri tepatnya ketika menewaskan Kelantan dan PKNS FC sebelum seri dengan PKNS FC dan juga pasukan Perak minggu lalu.

    Jika para pemain mampu untuk mengekalkan prestasi semasa ketika menerima kunjungan PKNS, tidak mustahil anak-anak uah Nazliazmi Nasir ini mampu memperoleh bekalan selesa dari perlawanan pertama. Apa yang penting adalah pemain Selangor tidak boleh membiarkan PKNS mendapatkan gol di tempat lawan.

    Jika PKNS berjaya mendapatkan gol di tempat lawan, maka perkara ini akan memberikan kesukaran buat pasukan Selangor apabila bertandang ke Shah Alam bagi perlawanan kedua nanti. Kali terakhir Selangor bermain di Shah Alam, mereka gagal untuk bertahan dengan baik dan melepaskan satu gol dimana gol tersebut berjaya memberikan satu mata kepada PKNS FC.

    Walau apa pun, Selangor tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini jika mereka mahu bermain dalam siangan Piala AFC tahun hadapan. Ini saja peluang Selangor untuk bermain dalam kejohanan tersebut kerana situasi semasa dalam carta Liga tidak memungkinkan mereka untuk layak.

    Berkemungkinan besar pasukan Selangor akan menamatkan saingan Liga Super musim ini di kelompok pertengahan Liga. Dan Piala FA merupakan harapan terakhir buat mereka jika mahu beraksi di samping pasukan terbaik di rantau Asia ini.

    Baca Juga: Raja Muda Selangor Setuju Terajui FAS

    Leave a comment

    Your email address will not be published.