• Apabila tampuk pemerintahan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bertukar tangan kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, peminat Selangor menjangkakan perubahan bakal dilakukan. Namun, segala perancangan dan juga perubahan yang akan dilakukan Tengku Amir Shah bakal memerlukan masa dan peminat harus bersabar dengan perkara tersebut.

    Bukan satu tugas yang mudah untuk melakukan perubahan dalam persatuan bola sepak. Apatah lagi, persatuan tersebut sudah selesa dengan cara pentadbiran zaman dahulu kala dan menganggap cara tersebut masih lagi relevan untuk digunakan.

    Apatah lagi baginda mahu membuat perubahan dalam persatuan bola sepak seperti Selangor. Pasukan yang kaya dengan sejarah dan juga pencapaian yang tersendiri. Tengku Amir perlu melakukan perubahan secara menyeluruh bagi memastikan pasukan Selangor menjadi satu pasukan moden yang mempuanyai kualiti yang tersendiri seperti JDT.

    Untuk menuju ke arah tersebut, kami berpendapat peminat pasukan Selangor tidak boleh mengharapkan perubahan dalam satu malam dalam pasukan kesayangan mereka. Para peminat perlu memberikan ruang kepada RMS dan barisan Exco untuk bekerja dan memberikan sokongan kepada mereka.

    Menurut Penolong Bendahari, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Ariffin Abdul Hamid, RMS sudah berjumpa dengan barisan Exco FAS baru-baru ini selepas baginda dilantik sebagai presiden. Datuk Ariffin tidak mendedahkan isi kandungan mengenai perjumpaan tersebut namun beliau mempunyai pandangan yang musim hadapan, Selangor akan bermain di Stadium Shah Alam dan kembali berlatih di Padang SUK.

    Selain itu, Datuk Ariffin Abdul Hamid juga menyatakan bahawa pihak pengurusan pasukan akan membuat kajian secara teliti dan menyeluruh tentang penswastaan pasukan yang dicadangkan oleh peminat sebelum ini.

    Apa yang penting, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah memerlukan masa untuk merubah pasukan Selangor. Selain masa, baginda juga perlukan sokongan daripada peminat setia agar usaha memajukan pasukan Selangor dapat digalas oleh kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan pasukan dan juga para peminat.

    Baca Juga: Alfonso De La Cruz, Dari Dibenci Menjadi Kesayangan Peminat.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.