• Portugal berjaya menewaskan Maghribi dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia dengan keputusan 1-0. Siapa lagi yang menjaringkan gol Portugal kalau tidak wira dan lagenda mereka Cristiano Ronaldo.  Namun perlawanan ini mempunyai satu lagi wira iaitu penjaga gol Portugal Rui Patricio. Satu wira menjaringkan gol, satu lagi wira menyelamatkan gol.

    Cristiano Ronaldo menjaringkan gol keempatnya dalam edisi Piala Dunia kali ini seawal minti ke-4. Setakat ini beliau mempunyai dua gol paling pantas di edisi kali ini. Pada minit ke-4 Portugal telah memenangi tendangan penjuru dan ia telah diambil oleh Silva dengan membuat hantaran pendek kepada Moutinho.  Moutinho membuat hantaran ke dalam kotak penalti Maghribi dan Ronaldo yang tidak dijaga telah membuat satu tendukan melayang untuk gol pembukaan Portugal. Gol itu jugalah yang menjadi penentu kemenangan Portugal dalam perlawanan ini.

    Maghribi yang tersentak dengan gol awal dari Portugal itu terus bangkit dan mula mengasak gawang Portugal bertubi-tubi tetapi tidak berhasil. Penyerang Maghribi gagal mengawal bola dengan baik dan sering membuat percubaan yang melulu. Sepanjang separuh masa pertama Maghribi memaksa Portugal untuk bertahan dan sekali-sekala mengasak gawang Maghribi melalui Ronaldo. Portugal jelas nampak hanya bergantung kepada Ronaldo untuk menyerang.

    Separuh masa kedua tiada bezanya. Permainan Ronaldo makin lama makin tenggelam dalam perlawanan ini akibat dari asakan Maghribi yang makin meningkat.  Maghribi membuktikan bahawa mereka kuat, bertenaga, dan sangat baik dari segi teknikal.  Tetapi mereka tidak dapat mencari sentuhan pembunuh di hadapan goal. Ia adalah cerita yang sama ketika menentang Iran (tanpa melepaskan gol awal). Ia mesti menyakitkan hati para peminat Maghribi menonton pasukan mereka melakukan begitu banyak tetapi gagal mendapatkan gol.

    Pada minit ke 55, pemain Maghribi Amrabat membuat larian di sebelah kanan gawang gol Portugal dan membuat hantaran kepada rakannya Belhanda. Belhanda menggelecek di sudut kotak penalti Portugal dan membuat rembatan yang padu tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Rui Patricio.

    Dua minit kemudian Ziyach membuat hantaran silang dari tendangan percuma pasukan Maghribi. Belhanda berjaya lompat untuk menewaskan pemain Portugal dan membuat tandukan tajam ke bawah dari jarak 10 meter. Rui Patricio melayang ke sebelah kanannya dan sempat menepis bola ke atas dan melepasi palang gol untuk menafikan gol kepada Maghribi. Aksi Rui Patricio pada saat itu mengimbas kembali akan aksi Gordan Banks yang menyelamatkan tandukan Pele pada Piala Dunia 1970. Kalau tidak kerana ketangkasan Rui Patricio pada saat itu sudah semestinya Maghribi mendapatkan gol penyamaan untuk membakar semangat dan kemungkinan akan terus memenangi perlawanan.

    Maghribi tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan selepas itu. Mereka bermain bermati-matian kerana tahu satu lagi kekalahan akan menamatkan kempen Piala Dunia mereka. Namun nasib tidak menyebelahi mereka sekali lagi dan keputusan 1-0 kekal sehingga pengadil meniup wisel penamat. Satu persembahan yang cukup hebat dari Maghribi dalam perlawanan ini tetapi persembahan yang hebat tidak memenangi perlawanan bola sepak, hanya gol yang penting. Portugal pula nampak amat jelas bahawa mereka adalah “1 man team”, tanpa wira mereka Ronaldo mereka tidak akan pergi jauh dalam Piala Dunia kali ini.

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: Onani Kunci Kejayaan Portugal? Macam-macam Hal!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.