• Alan Shearer sedih dengan permainan ‘terburuk’ Jerman semasa pertembungan Piala Dunia dengan Korea Selatan.

    ALAN SHEARER mengakui dia tidak melihat pasukan Jerman lebih buruk daripada di ‘tendang’ pada peringkat kumpulan Piala Dunia tahun ini.

    Jerman Penyokong Jerman tidak dapat menahan air mata ketika pasukan Jerman di kalahkan oleh Republik Korea Sumber Gambar: HD photo jerman Pemain korea meraikan kemenangan setelah mengalahkan pasukan jerman Sumber Gambar: The New York Times sad german Tidak dapat menahan kesedihan. Sumber Gambar: India today German Lost Seorang gadis Jerman menahan sebak setelah kekalahan pasukan Jerman. Sumber Gambar: Manorama Online {“autoplay”:”true”,”autoplay_speed”:”3000″,”speed”:”300″,”arrows”:”true”,”dots”:”true”}

    Shearer membuat kenyataan pada separuh masa perlawanan terakhir Jerman menentang Korea Selatan, di mana mereka kalah 2-0.

    Pasukan Joachim Low mengutip tiga mata daripada dua perlawanan pembukaan mereka.

    Pada separuh masa, dengan kedudukan seri 0-0, penyampai BBC Gary Lineker bertanya sama ada Shearer telah melihat pasukan Jerman yang lebih buruk.

    “Pernahkah anda melihat pasukan Jerman bermain seburuk seperti ini? Atau adakah itu tidak adil ?, ” Lineker bertanya.

    Shearer

    Sumber Gambar: Express.co.uk

    “Terlalu lambat dalam penguasaan bola, terlalu banyak memegang bola. Ketika mereka memasuki masa tambahan, mereka tidak ada harapan.”

    “Ya, ia amat mengecewakan dari mereka.”

    “Saya sedar Korea Selatan telah bertahan dengan baik sekali dan dapat menjaringkan gol, tetapi juga Jerman seharusnya melakukan lebih baik dari apa yang Korea Selatan lakukan.”

    Sweden dan Mexico berjaya ke peringkat kalah mati dengan Jerman menamatkan perlawanan di tangga bawah kumpulan E.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.