• Senegal antara kumpulan yang  paling di bawah radar semua orang tetapi tetap menjadi pujaan hati sesetengah orang kerana “lawa tak ada, manis ada” dan underdogs berbisa. Tetapi sejak perlawanan Senegal, mereka berjaya mencuit dan menambat hati peminat bola sepak, dari sesi warm-up atas padang mereka kepada jurulatih mereka Aliou Cissé yang segak bergaya! Berumur 42 tahun, dan berasal dari Senegal, beliau merupakan bekas pemain dan juga kapten Senegal yang juga pernah menyarung jersi PSG, Birmingam City dan Portsmouth. Beliau juga adalah jurulatih paling muda di kejohanan kali ini. Siapa lagi yang lebih layak mengemudi pasukan Senegal di kejohanan Piala Dunia 2018 kali ini jika bukannya?

    segak bergaya

    Anggukkan kepala tanda setujuuuuu

    Pasukan yang dibimbingnya pun sangat teruja dengan kepimpinannya sambil menari macam happy feet di tengah padang.

    Meriah sungguh mereka merayakan gol….

    segak bergaya

    Netizen terus jadi lebih gila bila mereka melihat jurulatih yang segak bergaya ini meraikan gol kemenangan mereka. Beliau menangkap hati Internet dengan fist pumps yang tegas, gerakan tangan, dan ekspresi wajah yang sungguh-sungguh. Fist Pump beliau, terus dijadikan meme oleh netizens, yang dengan senang hati mengalihkan usul tersebut ke dalam GIF yang menjadi viral. Beliau seakan-akan tahu yang kamera akan di fokuskan kepadanya, memandang terus dan gaya.

    Pelbagai meme yang telah dibuat oleh netizen tentang jurulatih yang segak dan bergaya ini, satu-satunya jurulatih Afrika dan ianya Aliou Cissé.

    Kalau anda sukakan artikel ini mungkin anda suka artikel yang dibawah pula :

    [Piala Dunia] Senegal Manfaatkan Peluang, Poland Gigit Jari
    [Piala Dunia] Awang Hitam & Blue Samurai Sama Hebat!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.