• Di Piala Dunia kali ini, Brazil dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk memenangi Piala Dunia FIFA di Rusia.  Pasukan ini  dipelopori oleh bintang-bintang terkemuka dunia seperti Neymar, Coutinho, Gabriel Jesus dan banyak lagi.  Di antara bintang-bintang Brazil ini, siapa yang mempunyai gaji yang paling tinggi?  Berikut adalah 10 pemain Brazil dengan gai mingguan paling tinggi di dalam skuad Piala Dunia kali ini. Senarai ini terdiri dari pemain-pemain FC Barcelona hinggalah ke Manchester City.

    No. 10 – Gabriel Jesus (Manchester City)

    Gaji

    Sumber Gambar: Deccan Chronicle

    Pemain yang bermain dengan kelab Manchester City di Liga Perdana Inggeris, dikhabarkan dibayar gaji sebanyak £90,000 (RM 478,878.30) seminggu. Diberi tugas untuk menggalas jersy no.9 Brazil kali ini di Piala Dunia, pemain muda yang berusia 21 tahun ini mahu mencipta sejarah bersama skuad Brazil ini.

    No. 9 – Roberto Firmino (Liverpool)

    Gaji

    Sumber Gambar: Irish mirror

    Penyerang Liverpool ini bermain dengan sungguh baik bersama Liverpool musim ini. Walaupun gagal memenangi sebarang Piala bersama Liverpool musim ini, gandingan Firmino bersama Salah dan Mane di Liverpool gandingan serangan terhebat di Eropah musim ini. Persembahan Firmino makin menyerlah musim ini di bawah jaggan pengurus Liverpool Jurgen Klopp. Firmino dikhabarkan di bayar gaji sebanyak £100,000 (RM531,659.70) seminggu bersama Liverpool.

    No. 8 – Paulinho (FC Barcelona)

    Gaji

    Sumber Gambar: Zimbio.com

    José Paulo Bezerra Maciel Júnior, yang biasa dikenali sebagai Paulinho, lahir pada 25 Julai 1988 adalah pemain untuk kelab Sepanyol Barcelona.  Beliau telah digambarkan sebagai pemain tengah “box-to-box“, yang sering membuat pergerakan yang menarik di dalam kotak penalty. Beliau juga pakar dalam tendangan dengan pergerakan yang kuat dan baik ke dalam kotak. Di Barcelona beliau dikhabarkan menerima gaji sebanyak £120,000 (RM637,991.64) seminggu.

    No.7 – Willian (Chelsea)

    gaji

    Sumber Gambar: India.com

    Willian sudah bersama pasukan Chelsea selama beberapa musim sejak 2013.  Dia boleh bermain sama ada di posisi sayap atau posisi tengah menyerang.  Musim ini ada khabar angin yang mengatakan beliau tidak bersefahaman dengan Pengurus kelab Antonio Conte dan mungkin akan berpindah ke Manchester United musim panas ini. Semasa di Chelsea beliau dikhabarkan dibayar gaji sebanyak £120,000 (RM637,991.64) seminggu, sama jumlah gaji dengan Paulinho di Barcelona. Beliau adalah sebahagian daripada skuad Brazil yang terkandas di separuh akhir pada 2014 di tangan Jerman dan bertekad untuk memenangi kejuaraan kali ini.

    No.6 – Fernandinho (Manchester City)

    Gaji

    Sumber Gambar: Zimbio.com

    Pemain yang bermain untuk Manchester City ini bermain di posisi Pemain tengah pertahanan.  Tetapi dia juga boleh bermain jauh di posisi hadapan dan sebagai pemain pertahanan tengah. Dia memberitahu media Brazil bahawa dia bersedia untuk mengorbankan dirinya untuk kebaikan pasukan. Gaji Fernandinho di Manchester City dikatakan sebanyak £150,000 (RM798,175.16) seminggu.

    No.5 – Marquinhos (Paris Saint-Germain)

    Gaji

    Sumber Gambar: ttoc.org

    Pemain pertahanan tengah untuk PSG ini merupakan salah seorang mainstay dalam pasukan Brazil. Mula mewakili Brazil di peringkat bawah Bawah 17 tahun, dia telah diserap masuk ke dalam skuad Brazil dari tahun 2013 lagi.  Di PSG beliau dikatakan menerima gaji sebanyak £176,000 (RM936,525.52) seminggu.

    No.4 – Thiago Silva (Paris Saint-Germain)

    gaji

    Sumber Gambar: stoptb.org

    Pemain pertahanan tengah Paris Saint Germain yang utama ini bermain untuk skuad senior Brazil sejak 2008.  Sejak itu beliau telah mewakili Brazil sebanyak 70 kali dan menjaringkan 5 gol. Gol terakhir beliau bersama Brazil adalah ketika menentang Australia dalam perlawanan persahabatan di Melbourne pada 13 Jun 2017, hampir setahun yang lalu.  Di PSG dia bersama rakan senegaranya Marquinhos dibayar gaji yang sama iaitu sebanyak £176,000 (RM936,525.52) seminggu.

    N0.3 – Marcelo (Real Madrid)

    Gaji

    Sumber Gambar: GiveMeSport

    Pemain ini baru sahaja memenangi Kejuaraan Liga Juara-juara Eropah 2018 bersama kelab lagenda Real Madrid apabila menewaskan Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir. Dia bersama kelab Real Madrid sejak dari 2007 dan telah mewakili kelab itu dalam 320 permainan dan telah menjaringkan sebanyak 23 gol.  Beliau bermain di posisi bek kiri untuk Real Madrid dan Brazil .  Beliau juga dilantik sebagai Naib Kapten pasukan Real Madrid musim ini. Di kelab itu beliau dikhabarkan dibayar gaji sebanyak £200,000 (RM1,064,233.54) seminggu

    No.2 – Philippe Coutinho (Barcelona)

    Gaji

    Sumber Gambar: Business Insider

    Musim yang penuh kontrovesi buat Coutinho di pasaran pemindahan pemain. Setelah lama menjadi penyebab tarik tali antara Barcelona dan Liverpool, akhirnya Liverpool mengalah dengan membenarkan Coutinho berpindah ke Barcelona. “Talisman” Liverpool satu ketika dulu ini menjadi salah seorang pemain termahal dengan gaji yang agak tinggi di dunia apabila berpindah ke Barcelona. Beliau dikatakan mendapat gaji sebanyak £240,000 (RM1,277,080.25) seminggu.

    No. 1 – Neymar (Paris Saint-Germain)

    gaji

    Sumber Gambar: Skysports.com

    Bintang Brazil dengan gaji yang paling tinggi sudah semestinya Neymar. Perpindahannya ke PSG menjadikannya pemain termahal di dunia dan salah seorang pemain dengan gaji yang paling tinggi di dunia. Khabarnya setelah satu musim bersama PSG Neymar hendak pulang ke Sepanyol bersama kelab Real Madrid. Dengan gajinya yang tinggi hanya Real Madrid sahaja yang mampu membayarnya. Nak tahu berapa gaji Neymar? Beliau dikatakan menerima gaji sebanyak  £440,000 (RM2,341,313.80) seminggu. Hampir dua kali ganda gaji Coutinho yang menggantinya di Barcelona.

    Kaya betul pemain-pemain Brazil ini. Apa pendapat anda mengenai gaji pemain Brazil ini? Adakah mereka wajar menerima gaji yang sebegitu rupa? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda.

    Anda mungkin berminat untuk baca mengenai Gaji pemain Skuad Perancis DI SINI . Masyuk jugak gaji Perancis.

    Saksikan juga gambar-gambar perlawanan persahabatan Brazil menentang Croatia di Anfield DI SINI.

     

    Leave a comment

    Your email address will not be published.