• FIFA dan Adidas selaku penaja Piala Dunia 2018 melancarkan bola baru ketika berakhirnya peringkat kumpulan dalam edisi kali ini. Bola tersebut akan dipakai dalam perlawanan peringkat 16 terbaik. Bola baru tersebut dinamakan Adidas Telstar Mechta. Nama Mechta dipilih oleh FIFA kerana memiliki maksud “impian”atau “cita-cita” dalam bahasa Rusia.

    Adidas Telstar Mechta memiliki corak yang sama seperti bola yang digunakan untuk peringkat kumpulan. Namun, warna merah dan emas ditambah sebagai wakil warna kebangsaan Rusia. Adidas Telstar Mechta memiliki NFC Chip di dalam bola. Chip itu membolehkan pengguna berinteraksi dengan bola tersebut dengan menggunakan telefon pintar.

    Adidas dan FIFA telah menikmati sejarah panjang bola rasmi yang telah berjaya selama Piala Dunia. Tahun ini, Adidas kembali memberikan bola yang di reka dengan corak yang cantik, Telstar Mechta, membawa inovasi dan persembahan menarik ke dalam inti permainan ini,” kata Pengarah Pemasaran FIFA, Jean Francois Pathy.

    Adidas dan FIFA telah melakukan pelbagai ujian demi menjamin kualitas Telstar Mechta. Sejumlah negara-negara peserta Piala Dunia 2018 juga dilibatkan dalam proses pengujian tersebut. Apa pandangan anda mengenai bola baru yang akan digunakan di peringkat 16 terbaik ini? Cantik atau tidak?

    Sumber: Adidas, Bola.com

    Baca Juga: [Piala Dunia] 4 Pemain “King of HatTrick” di Piala Dunia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.