• Lionel Messi terlepas satu lagi tendangan penalti dan Iceland beraksi seri 1-1 melawan Argentina. Messi gagal memberikan pasukannya mata keemasan, apabila penalti minit ke-64 digagalkan oleh Hannes Halldorsson apabila penjaga gol Iceland itu  melompat ke sisi kanan dan menangkap bola tersebut.

    Ia merupakan penalti keempat Messi dalam tujuh percubaan terakhir untuk Argentina dan Barcelona.

    Argentina mendahului pada minit ke-19 apabila Sergio Aguero menjaringkan gol dengan tendangan kaki kiri. Alfred Finnbogason menyamakan kedudukan untuk Iceland empat minit kemudian selepas penjaga gawang Argentina.Sepakan penalti diberikan selepas Aguero di tolak dari belakang oleh Hordur Magnusson.

    Messi mempunyai peluang terakhir untuk menebus kekecewaan dengan dengan ‘free kick’ tetapi tendangan dari jarak 25 meter gagal menembusi pertahanan Iceland.

    Tiada Pemain pertahanan Iceland yang bersalah atas jaringan gol Aguero. Penyerang itu melakukan ‘classy spin move’ untuk memberinya peluangnya menjaringkan gol.

    Duta FIFA, Diego Maradona, yang menonton di bahagian VIP di Stadium Spartak.  Membakar cerut walaupun  merokok  telah diharamkan di semua tempat berlangsung Piala Dunia.

    Diego

    Sumber Gambar: thesun.co.uk

    Anda berminat dengan artikel : (Piala Dunia) Portugal Ibarat Ferrari Yang Dipandu Menggunakan Tayar Celup

    Leave a comment

    Your email address will not be published.