• Ada satu perkara menarik yang terjadi ketika pasukan kebangsaan Iran berhadapan menentang pasukan Sepanyol pada perlawanan kedua kumpulan B Piala Dunia 2018, pada Khamis lalu (21/6/2018). Kejadian menarik itu melibatkan pemain pasukan Iran. Pemain Milad Mohammadi yang menjadi sorotan, tanpa diketahui penyebabnya, pemain pertahanan yang berusia 24 tahun ini melakukan lontaran ke dalam yang kelihatan agak sedikit aneh.

    Lontaran ke dalam yang kelihatan aneh itu dilakukan pada minit ke-93, ketika pasukan kebangsaan Iran sudah pun kebolosan satu gol mennerusi jaringan Diego Costa. Mohammadi, membawa bola di tepi padang dan mencium bola itu, menunjuk ke atas dengan jarinya, memusing-musingkan bola dengan tangannya, kembali melihat ke atas, memusing-musing bola lagi serta meletakkan bola ke dahinya.

    Pemain pertahanan kelab Rusia, FC Akhmat Grozny, itu kemudiannya terus berlari. Jika lazimnya pemain berlari  dengan jarak yang agak jauh agar mampu melakukan lontaran dengan baik, Mohammadi menampilkan cara yang berbeza. Alih-alih berlari, pemain itu justeru melakukan satu gerakan “bicycle kick” dan ketika bangkit, pemain tersebut seakan-akan ingin melontarkan bola dan balik ke tempat semula, dan bersiap semula untuk melontar bola dengan cara “betul”.

    Pengadil yang mengadili perlawnanan tersebut, Andres Cunha, sempat menegur perbuatan Mohammadi. Pengadil memberikan peringatan kepada pemain tersebut berikutan aksi aneh itu. Selepas tamat perlawanan, “meme-meme” berkaitan lontaran aneh Mohammadi viral di dunia maya. Media-media juga menulis lontaran ke dalam Mohammadi sebagai yang paling gila, aneh, sepanjang sejarah Piala Dunia.

    Beberapa penyokong yang menonton di stadium menyebut kejadian aneh itu sebagai peristiwa terbaik dalam sejarah Piala Dunia. Sementara yang lain menilai aksi itu ditunjukkan itu membuat perlawanan menjadi ceria kerana menganggap aksi itu sebagai suatu bahan ketawa. Di bawah ini kelihatan beberapa “meme” yang di muat naik oleh peminat bolasepak.

    Sumber: The Sun, Bola.com

    Baca Juga: (Piala Dunia) Petua Seks Baik Untuk Bola?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.