• Setelah terlepas dua edisi Piala Dunia sebelumnya, pasukan kebangsaan Tunisia kembali ke saingan Piala Dunia edisi kali ini. Setelah dua edisi tidak bermain dalam temasya paling berprestij dalam dunia bola sepak ini, mampukah pasukan bimbingan Nabil Maâloul mencipta impak di Rusia nanti ?

    Tunisia mempunyai kempen kelayakkan yang cemerlang dimana mereka tidak pernah tewas sepanjang kempen kelayakkan kumpulan A bagi Zon Afrika. Pasukan yang digelar The Eagles of Carthage ini berjaya memenangi empat perlawanan dan menutip dua keputusan seri.

    Dalam saingan Piala Dunia kali ini, Tunisia diletakkan dalam kumpulan G di samping juara edisi 1966 iaitu England, Belgium dan juga Panama. Jika kita melihat kepada persaingan dalam kumpulan G, anak-anak buah Nabil Maâloul dilihat akan menghadapi cabaran sukar untuk melepasi peringkat kumpulan. Apatah lagi ketika mereka menghadapi pasukan yang dibarisi pemain terkemuka dunia seperti England dan Belgium.

    Ketika mereka layak ke temasya pada edisi 1998, 2002 dan 2006, Tunisia tidak pernah berjaya melepasi peringkat kumpulan. Dalam ketiga-tiga edisi ini, kutipan mata yang diperolehi oleh The Eagle Of Carthage ini tidak pernah melebihi satu mata.

    Untuk memastikan rekod buruk mereka dalam tiga edisi sebelum ini tidak berulang kembali, Tunisia perlu mengutip tiga mata penuh ketika mereka menentang pasukan Panama dan cuba untuk mencatatkan keputusan positif ketika mereka menghadapi England dan Belgium. Satu ujian yang sukar bagi pasukan dari Zon Afrika ini.

    Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka akan bergantung kepada pemain seperti Wahbi Khazri dalam menggerakkan jentera serangan pasukan, Khazri berjaya menjaringkan 11 gol dalam siangan Ligue 1 untuk pasukan Rennes. Selain Khazri, seorang lagi pemain yang akan menjadi sandaran utama ialah pemain pertahanan Leicester City, Yohan Benalouane.

    Apa yang pasti, jika Tunisia memberikan cabaran yang sengit kepada Panama, England dan Belgium, tidak mustahil mereka mampu untuk mara ke peringkat seterusnya. Dalam temaysa besar seperti Piala Dunia, pasukan kcil seperti mereka mampu untuk mencipta kejutan.

    Baca Juga: Singa Atlas Mahu Cipta Kejutan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.