• Paul Pogba menjadi pahlawan ke atas kemenangan pasukan kebangsaan Perancis mengatasi pasukan Australia pada perlawanan pertama kumpulan C Piala Dunia 2018 yang berlangsung Rusia. Bertanding di Kazan Arena, Sabtu (16/6/2018), pasukan Perancis menang tipis dengan jaringan 2-1. Walaupun begitu, pasukan Perancis masih sukar untuk memasuki kotak penalti pihak lawan. Bahagian pertahanan pasukan Australia sukar ditembus setakat ini.

    Pasukan Perancis dan Australia masih sama-sama mencari permainan terbaiknya di babak pertama. Sehingga 45 minit pertama, keputusan masih belum berubah dan masih dengan 0-0. Perancis mengubah taktik di separuh masa kedua. Les Blues terus mengunci pertahanan Australia. Pada minit ke-54, Antoine Griezmann terjatuh di dalam kotak penalti pasukan lawan. Penyerang Atletico Madrid itu diasak oleh pemain Australia.

    Pengadil menggunakan teknologi bolasepak pada masa kini untuk membuat keputusan atas insiden itu. Keputusan ini keluar setelah pengadil pertandingan menggunakan video assistant referee (VAR) untuk melihat siaran ulangan insiden tersebut. Griezmann yang mengambil tendangan penalti melaksanakan tugasnya dengan baik. Perancis untuk sementara waktu di depan dengan hasil jaringan 1-0 di minit ke-57.

    Keunggulan Perancis tidak bertahan lama. Australia berhasil menyamakan kedudukan. Sama seperti Prancis, gol Australia juga berasal dari tendangan penalti apabila bola terkena tangan pemain pasukan Perancis, Umtiti di dalam kotak penalti. Mile Jedinak membawa Australia menghidupkan peluang untuk meraih kemenangan. Tendangannya pada minit ke-62 tidak mampu ditepis oleh penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

    Perancis kembali unggul di depan pada minit ke-81. Tendangan Paul Pogba mengenai tiang gol pasukan Australia dan melantun ke dalam gol. Pengadil menyatakan tendangan tersebut telah melewati garisan gol pasukan Australia. Tamat wisel pada separuh masa kedua, Australia gagal mengejar untuk menyamakan kedudukan. Perancis menang 2-1 dan memimpin di tangga teratas kumpulan C setakat ini.

    Line Up Pemain:

    Perancis (4-3-3): Hugo Lloris; Benjamin Pavard, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez; N’Golo Kante, Corentin Tolisso, Paul Pogba; Moussa Dembele, Kylian Mbappe, Antoine Griezmann.

    Jurulatih: Didier Deschamps.

    Australia (4-4-2): Ryan; Risdom, Sainsbury, Milligan, Behich; Leckie, Jedinak, Mody, Kruse; Nabbout, Rogic.

    Jurulatih: Bert van Marwijk.

    Rujukan : Liputan6

    Baca Juga :[Piala Dunia] 10 Pemain Skuad Perancis Dengan Gaji TerMasyuk

    Leave a comment

    Your email address will not be published.