• Jerman telah disingkir keluar dari Piala Dunia dan kejutan ini boleh memberi manfaat kepada pasukan kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dan Manchester United.

    Jerman tiba ke Piala Dunia dengan penuh harapan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya empat tahun lalu di Brazil.

    Walau bagaimanapun, pasukan Joachim Low telah disingkirkan dari persaingan dalam keadaan yang amat dramatik.

    Kegagalan mereka untuk mengalahkan Korea Selatan, ditambah pula dengan kemenangan Sweden 3-0 ke atas Mexico, telah melihat Jerman gagal pada halangan pertama.

    Dan keadaan ini boleh menjadi berita gembira untuk pasukan kelab seperti Liverpool dan Manchester United.

    Ketiga-tiga kelab ini tidak dapat menyelesaikan sebarang tawaran untuk pemain Jerman yang terlibat di Piala Dunia.

    Tetapi sekarang setelah pasukan bimbingan Low disingkirkan dari kejohanan, kedua-dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu boleh mempercepatkan rancangan perpindahan mereka.

    Liverpool telah lama berminat dengan Julian Brandt, yang bermain untuk Bayer Leverkusen. Minat itu sangat kuat sehingga Jurgen Klopp bersedia untuk berhenti mengejar untuk menandatangani Mohamed Salah musim lalu untuk mendapatkan khidmat Brandt.

    Dan kini mereka boleh meneruskan rancangan mereka untuk menandatangani pemain muda itu kerana kempen Piala Dunia Jerman telah berakhir.

    Liverpool memerlukan lebih banyak kekuatan di bahagian serangan jika mereka mahu memenangi gelaran Liga Perdana buat kali pertama musim depan.

    Manchester United pula difahamkan mempunyai minat yang kuat terhadap pemain Real Madrid, Toni Kroos.

    Kroos menjaringkan gol untuk Jerman menentang Sweden pada malam Sabtu tetapi tidak dapat menginspirasi pasukannya melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

    United boleh mencuba dan memikatnya dari Real Madrid sekarang kerana negaranya tidak akan memenangi hadiah terbesar bola sepak lagi.

    Bagi Jerman, mereka perlu kembali ke garisan mula dari segala aspek seperti pemain, taktik, latihan dan berbagai lagi.

    Dan Low, yang menandatangani kontrak baru bersama Jerman sejurus sebelum kejohanan bermula, kini menghadapi cabaran untuk memenangi hati peminat Jerman kembali.

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: “Bapa Borek Anak Rintik” Di Piala Dunia!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.