• England akan bertemu Panama malam ini buat kali pertama dalam sejarah. Tetapi perbezaan liga Inggeris berbanding Liga di Panama sangat ketara.

    Di Liga Perdana Panama, pemain-pemain sabar beratur menunggu giliran untuk gaji masing-masing setiap dua minggu untuk setiausaha kelab memberi mereka cek gaji bertulis.

    Sebahagian dari pemain-pemain Panama yang akan bermain menentang England nanti hanya menerima gaji sebanyak £250 seminggu.

    Sebagai perbezaan, pemain England Raheem Sterling membawa pulang £ 180,000 seminggu dan dia hanya perlu menunggu 12 jam untuk mendapatkan apa yang sebahagian pemain-pemain Panama dapat untuk tempoh setahun.

    Pemain antarabangsa Panama Carlos Small ketika ditanya mengenai perbandingan gaji antara pemain kedua-dua liga hanya tertawa ketika bercakap mengenainya.

    Dia berkata: “Di Panama, jika pemain bola sepak Panama hendak membuat lebih banyak wang, mereka akan berhenti bermain bola sepak dan pergi menjadi pembina rumah, tukang susun batu -bata atau penyanyi amatur.”

    “Ramai pemain meninggalkan permainan kerana mereka perlu mendapatkan upah yang lebih tinggi untuk keluarga mereka. Itulah kesimpulannya. ”

    Dia dan rakan-rakan sepasukan berimpian untuk menandatangani kontrak dengan salah satu kelab besar di Eropah dan secara khususnya kelab di England.

    Setiap dua minggu Small berbaris dengan rakan sepasukannya untuk mengutip cek gaji dan semua kelab dalam liga melakukan perkara yang sama.

    Small bermain untuk Panama dalam perlawanan pemanasan terakhir mereka tetapi telah harapannya telah hancur apabila namamya dipotong dari skuad akhir Piala Dunia.

    Tetapi dia betul-betul berharap untuk semua rakan sepasukannya memberi persembahan terbaik di Rusia dan dia berharap akan dapat bermain di edisi Piala Dunia di Qatar 4 tahun lagi.

    Tiga rakannya dalam skuad kebangsaan Alex Rodriguez, Valentin Pimentel dan Jose Calderon masih bermain di liga tempatan. Mereka akan berada di skuad 23 pemain untuk menetang pasukan Three Lions Gareth Southgate malam ini.

    Tentang perbezaan gaji pemain kedua-dua negara itu Small berkata, “Memang ada perbezaan yang amat ketara.”

    “Saya mendengar berapa banyak pemain England memperoleh setiap minggu. Ia benar-benar melampaui kepercayaan mana-mana pemain di negara ini.”

    “Saya menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di TV. Manchester City adalah pasukan yang sangat bagus dan mereka adalah pasukan kegemaran saya.”

    “Ia amat menakjubkan jika saya mendapat peluang untuk bermain untuk mereka atau satu lagi pasukan besar Inggeris.”

    “Ia akan mengubah kehidupan keluarga saya selama-lamanya.”

    Small yang bermain untuk kelab Arabe Unido di Colon tinggal tidak jauh dari stadium di Colon dengan teman wanitanya dan anak lelaki berumur sembilan bulan mereka.

    Beliau sebaya dengan Raheem Sterling dan kedua-duanya dilahirkan di bandar Caribbean. Small di Colon dan Sterling di Kingston, Jamaica.

    Tetapi Small tiba di padang latihan memandu kereta Kia Rio yang bernilai £ 900 sementara Sterling memandu kereta Bentley bernilai £ 500,000 dan juga mempunyai dua kereta Audi, sebuah Mercedes dan Landrover di garajnya.

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: Demam Di Rusia: Jamban Pun Ada Gawangnya!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.