•  

    Perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang akan berlangsung hari ini menandakan Piala Dunia 2018 di Rusia telah memasuki satu fasa penting untuk pasukan melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

    Tetapi apa jadi jika pasukan pilihan anda memiliki jumlah mata yang sama dengan pasukan lain? Bagaimana kedudukan terakhir dalam kumpulan ditentukan?

    Berikut merupakan senarai tie-breaker untuk kedudukan setiap kumpulan:

    1. ​Jumlah mata terbanyak
    2. Perbezaan jumlah gol dalam kumpulan
    3. Jumlah gol dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan

     

    Jika 2 atau lebih kumpulan adalah setanding mengikut 3 kriteria di atas, kedudukan mereka akan ditentukan seperti berikut:

    1. Jumlah mata terbanyak antara pasukan yang terlibat
    2. Jumlah perbezaan gol dalam peringkat kumpulan antara pasukan yang terlibat
    3. Jumlah gol terbanyak yang dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan antara pasukan yang terlibat
    4. Mata terbanyak yang diperolehi menerusi sistem Fair Play (kad kuning = -1, kad merah yang diperoleh akibat layangan kad kuning kedua = -3, kad merah = -4, kad kuning dan kad merah = -5)
    5. Cabutan undi oleh FIFA

     

    LAYAK: Rusia, Uruguay, Perancis, Croatia, Belgium, England

    TERSINGKIR: Mesir, Maghribi, Arab Saudi, Peru, Costa Rica, Tunisia, Panama, Poland

     

    TIEBREAKERS UNTUK SETIAP KUMPULAN

     

    GROUP A

    – Rusia akan mara ke peringkat kalah mati dan menjadi  juara kumpulan JIKA menang atau seri vs. Uruguay.

    – Uruguay WAJIB menewaskan Russia untuk menjadi juara kumpulan.

    – Mesir dan Arab Saudi telahpun tersingkir.

     

    GROUP B

    – Portugal perlukan 1 mata menentang Iran untuk mara. Kekalahan akan melayakkan mereka ke peringkat seterusnya JIKA Sepanyol tewas dengan jumlah yang lebih besar.

    – Sepanyol perlukan 1 mata menentang Morocco untuk mara. Kekalahan akan melayakkan mereka ke peringkat seterusnya JIKA Portugal tewas dengan jumlah yang lebih besar, ATAU Iran/Portugal seri dengan jumlah jaringan yang rendah dan Sepanyol tewas tidak melebihi  1 gol.

    – Jika Portugal dan Sepanyol tewas, pasukan yang mempunyai keputusan yang lebih teruk akan menduduki tempat ke-3. Jika Portugal dan Sepanyol menang, pasukan dengan kemenangan terbesar akan menjadi juara kumpulan. Sepanyol dan Portugal kini mempunyai rekod yang sama dan dipisahkan dengan rekod disiplin (kad kuning/merah). Jika hal ini juga setara, maka kedudukan mereka akan diputuskan melalui cabutan.

    – Bilangan kad kuning terkini: Portugal 2, Sepanyol 1

    – Iran wajib menewaskan Portugal untuk mara, dan akan mara dengan keputusan seri JIKA Sepanyol tewas di tangan Maghribi dengan sekurang-kurangnya 2 gol.

    – Maghribi telahpun tersingkir.

     

    GROUP C

    – Perancis telahpun layak dan memerlukan 1 mata vs Denmark untuk menjadi juara kumpulan.

    – Denmark perlukan 1 mata untuk layak dan akan menjuarai kumpulan dengan kemenangan ke atas Perancis. Mereka juga mampu layak dengan kekalahan JIKA Australia gagal menewaskan Peru.

    – Australia WAJIB tewaskan Peru dan mengharapkan kekalahan Denmark dan mengatasi mereka dalam perbezaan gol.

    – Peru telahpun tersingkir.

     

    GROUP D

    – Croatia telahpun mara dan perlukan 1 mata vs. Iceland untuk menjadi juara kumpulan, walaupun jumlah perbezaan gol yang besar bermakna mereka hamper pasti menjadi juara kumpulan.

    – Nigeria WAJIB menewaskan Argentina untuk mara, walaupun 1 mata sudah memadai JIKA Iceland gagal menewaskan Croatia.

    – Argentina WAJIB menewaskan Nigeria dan mengharapkan Iceland tewas untuk mara. Jika If Argentina dan Iceland menang, maka Argentina wajib menjaringkan gol yag lebih banyak kerana perbezaan gol mereka kurang 1 dengan Iceland. Jika kedua pasukan berakhir dengan rekod yang sama, mereka akan dipisahkan dengan mata rekod disiplin.

    – Iceland WAJIB menewaskan Croatia dan berharap Nigeria gagal menewaskan Argentina. Jika Nigeria seri, maka Iceland WAJIB menang dengan sekurang-kurangnya 2 gol untuk menandingi jumlah perbezaan gol dan sekiranya rekod sama, Nigeria akan mara melalui rekod head-to-head. Jika Argentina menang, maka Iceland juga harus menang dengan margin yang sama atau lebih untuk menduduki tempat ke-2.

    – Kad kuning terkini: Argentina 3, Iceland 0

     

    GROUP E

    – Brazil memerlukan 1 mata vs Serbia untuk mengukuhkan kedudukan mereka, dan akan mara di tempat ke-2 dengan kekalahan JIKA Switrland tewas dengan margin yang sama atau lebih.

    – Switzerland memerlukan 1 mata vs Costa Rica untuk layak tetapi mampu layak dengan kekalahan JIKA Serbia tewas vs Brazil. Andainya Switzerland tewas dengan 1 gol dan Serbia seri, hal ini akan ditentukan melalui jumlah gol yang dijaringkan mereka. Jika pasukan mengakhiri kempen dengan rekod yang sama, maka Switzerland akan mara mengikut keputusan head-to-head. Jika Switzerland tewas dengan 2 gol, mereka akan layak HANYA JIKA Serbia tewas.

    – Jika Brazil dan Switzerland menang atau tewas, mereka akan diadili melalui rekod disiplin, atau cabutan untuk tempat pertama atau ke-2 kerana rekod head-to-head mereka adalah 1-1. Hal ini akan berlaku SEKIRANYA, sebagai contoh, Brazil menang 2-1 dan Switzerland menang 2-0 untuk tempat teratas, atau untuk tempat ke-2 JIKA Brazil tewas 2-0 dan Switzerland tewas 1-0.

    – Kad kuning terkini: Brazil 3, Switzerland 4

    – Serbia akan mara dengan kemenangan atau seri.

    – Costa Rica telahpun tersingkir.

     

    GROUP F

    – Mexico memerlukan 1 mata vs Sweden untuk mara dan menjadi juara kumpulan. Jika tewas, mereka akan mara SEKIRANYA Jerman gagal untuk menang.

    – Sweden akan mara JIKA mereka menang atau berjaya mengatasi keputusan Jerman. Jika mereka tewaskan Mexico dan Jerman gagal untuk menang, Sweden akan menjadi juara kumpulan.

    – Jerman WAJIB menang dengan 2 gol atau lebih ATAU mengatasi keputusan Sweden untuk mara.

    – Jika Jerman dan Sweden seri, pasukan dengan keputusan gol terbesar akan menduduki tempat ke-2. Jika kedua-dua keputusan seri berakhir dengan jumlah jaringan yang sama, maka Jerman akan mara di tempat ke-2 menerusi keputusan head-to-head.

    – Korea Selatan WAJIB menewaskan Jerman dan berharap agar Sweden tewas di tangan Mexico untuk mempunyai peluang layak ke peringkat seterusnya.

    PERTEMBUNGAN 3 PENJURU UNTUK TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA

    – Jika Sweden dan Jerman menang, mereka akan mengakhiri kempen dengan jumlah mata yang sama (6) dengan Mexico, dan ianya akan diputuskan melalui perbezaan gol.

    – Sweden akan mara dalam semua situasi.

    – Jerman akan mara jika mereka menang dengan 2 gol.

    – Mexico hanya akan mara SEKIRANYA kedua-dua perlawanan dimenangi dengan 1 gol, dan perlawanan Mexico berakhir dengan jumlah jaringan yang besar atau kedua-duanya mempunyai keputusan sama dengan margin 1 gol selain 1-0.

    – Jika Sweden menang dengan 2 gol atau lebih, mereka akan mara dan Jerman akan mara dengan keputusan menang dengan apa-apa jumlah jaringan. (Mexico tersingkir).

    – Jika Jerman menang dengan 2 gol atau lebih, mereka akan mara, dan Sweden akan mara melalui kemenangan (Mexico tersingkir).

    – Jika Jerman dan Sweden menang 1-0, ketiga-tiga pasukan akan memiliki rekod serupa dan hal ini akan diputuskan melalui liga mini head-to-head, dan ini menandakan Jerman dan Sweden layak melalui jumlah gol yang dijaringkan. Mexico akan tersingkir disebabkan kurang 1 gol dalam perlawanan antara 3 negara itu. Tempat pertama dan ke-2 akan diputuskan melalui Fair Play dan rekod terkini menandakan mata Sweden adalah -3 dan Jerman -5, maka Sweden akan menjuarai kumpulans. Hal ini akan berubah ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

    – Jika Jerman dan Sweden menang 2-1, maka Sweden akan menjuarai kumpulan melalui jumlah jaringan gol head-to-head (mereka akan memiliki 3 gol dalam perlawanan antara 3 negara tersebut berbanding 2 gol milik Jerman dan Mexico). Tempat ke-2 dan ke-3 akan ditentukn melalui Fair Play, dan kedudukan terkini mencatatkan -2 untuk Mexico dan Jerman -5 (kad merah Jerome Boateng berjumlah -3). Setiap kad kuning berjumlah -1 jadi Mexico akan mara MELAINKAN mereka mempunyai beberapa pemain yang dilayangkan kad atau pemain yang dibuang padang ketika menentang Sweden berbanding Jerman.

    – Jika Jerman dan Sweden menang 3-2 (atau mana-mana kemenangan dengan margin 1 gol atau lebih), maka Sweden akan menjuarai kumpulan dengan Mexico di tempat ke-2 dan Jerman di tempat ke-3 dalam liga mini head-to-head untuk jumlah gol yang dijaringkan.

    – Antara cara lain untuk Mexico mara adalah jika kedua-dua perlawanan dimenangi dengan 1 gol, tetapi kekalahan Mexico ke atas Sweden adalah dengan jumlah jaringan yang lebih banyak.

    – Jika Sweden menang dengan 1 gol, dan Jerman menang dengan1 gol tetapi dalam perlawanan yang mempunyai jumlah jaringan yang banyak, Jerman akan menjuarai kumpulan dan Sweden di tempat ke-2 dan Mexico tersingkir.

    PERTEMBUNGAN 3 PENJURU UNTUK TEMPAT KE-2

    – Jika Korea Selatan menang dan Sweden tewas, akan ada pertembungan 3 penjuru untuk tempat ke-2 dengan 3 mata untuk Jerman, Sweden dan Korea Selatan. Hal ini akan ditentukan pertama sekali melalui perbezaan gol.

    – Jika Korea Selatan menewaskan Jerman dengan 2 gol, mereka akan mara di tempat ke-2.

    – Jika Korea Selatan menewaskan Jerman 1-0 dan Sweden tewas 1-0 di tangan Mexico, hal ini akan diputuskan melalui Fair Play antara Jerman dan Sweden dengan Korea Selatan tersingkir melalui keputusan head-to-head untuk jumlah jaringan gol. Rekod terkini menunjukkan -3 mata untuk Sweden dan -5 untuk Jerman, maka Sweden di posisi terbaik untuk tempat ke-2 walaupun hal ini akan berubah kelak.

    – Jika kedua-dua perlawanan dimenangi dengan margin 1 gol yang sama selain 1-0, maka Jerman berada di tempat ke-2 untuk keputusan head-to-head untuk jaringan gol.

    – Jika Korea Selatan tewaskan Jerman dengan keputusan besar yang mempunyai marjin 1 gol dari Sweden yang tewas vs Mexico, Korea Selatan akan menduduki tempat ke-2 menerusi keputusan direct head-to-head menentang Jerman dengan Sweden di tempat terakhir.

    – Jika Sweden tewas di tangan Mexico dengan keputusan yang besar dengan perbezaan margin 1 gol dari Korea Selatan menewaskan Jerman, maka Sweden akan menduduki tempat ke-2 melalui jumlah gol yang dijaringkan.

    – Jika Sweden tewas dengan 1 atau lebih gol, mereka tidak akan layak dan Korea Selatan akan menduduki tempat ke-2 dengan mana-mana keputusan kemenangan.

     

    GROUP G

    – England telahpun layak dan akan menjuarai kumpulan JIKA berjaya menewaskan Belgium.

    – Belgium telahpun layak dan akan menjuarai kumpulan JIKA berjaya menewaskan England.

    – England (2 kad kuning) kini mendahului Belgium (3 kad kuning) mealui fair play. Jika mereka seri dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kedudukan pertama dan ke-2 akan ditentukan melalui Fair Play. Jika Fair Play juga mencatatkan keputusan sama, kedudukan kedua-dua pasukan akan ditentukan melalui cabutan.

    – Panama dan Tunisia telahpun tersingkir.

     

    GROUP H

    – Jepun memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata ke atas Poland untuk mara, dan akan mara dengan kekalahan JIKA Colombia gagal untuk menang. Jepun akan menjuarai kumpulan jika mereka berjaya mengatasi keputusan Senegal.

    – Senegal memerlukan 1 mata vs Colombia untuk layak, dan hanya akan layak dengan kekalahan jika Jepun juga tewas. Mereka akan menjuarai kumpulan jika mereka berjaya mengatasi keputusan Jepun.

    – Colombia WAJIB menewaskan Senegal untuk layak ke pusingan seterusnya. Mereka juga akan mara melalui keputusan seri JIKA Jepun tewas di tangan Poland. Mereka akan menjuarai kumpulan jika mereka menang dan Jepun tewas.

    – Jika Jepun dan Senegal seri, kedua-dua pasukan akan mara dan pasukan dengan jumlah jaringan seri terbesar akan menjuarai kumpulan. Jika kedua-dua keputusan seri berakhir dengan jumlah yang sama, tempat pertama akan akan ditentukan melalui Fair Play terlebih dahulu sebelum cabutan.

    – Jika Jepun dan Senegal menang, kedua-dua pasukan akan mara dan pasukan dengan jumlah jaringan terbesar akan menjuarai kumpulan. Jika kedua-dua keputusan kemenangan berakhir dengan jumlah yang sama, tempat pertama akan akan ditentukan melalui Fair Play terlebih dahulu sebelum cabutan.

    – Jika Jepun dan Senegal tewas maka Colombia akan menjuarai kumpulan. Tempat ke-2 akan diberikan pada pasukan yang tewas dengan marjin terkecil, atau keputusan tewas dengan jumlah jaringan besar dengan marjin yang sama. Jika kedua-dua keputusan tewas berakhir dengan keputusan yang sama, tempat ke-2 akan ditentukan melalui Fair Play terlebih dahulu sebelum cabutan.

    – Kedudukan terkini Fair Play adalah -3 untuk Jepun, -5 untuk Senegal.

    – Poland telahpun tersingkir.

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: 8 Negara Boleh Ucap “Bye Bye” di Piala Dunia 2018

    Leave a comment

    Your email address will not be published.