• Pelbagai petua dan teladan yang dilakukan oleh pasukan-pasukan Piala Dunia 2018. Portugal berkata onani ialah bagus, manakala pasukan Mexico melakukan seks secara berkumpulan (adakah ini rahsia mereka menundukkan juara Piala Dunia 2014 Jerman pada perlawanan pertama Kumpulan F?) Banyak mahzab dari pelbagai guru, ada yang mengatakan seks sebelum perlawanan lebih bagus dan ada pula yang mengatakan seks sebelum perlawanan akan mengganggu prestasi sesebuah kumpulan.

    Beberapa pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia tahun ini akan melarang seluruh pasukan mereka untuk mengadakan persetubuhan sebelum perlawanan, kerana jurulatih kumpulan percaya ia boleh mengganggu prestasi pemain. Berpantang seks bukanlah satu fenomena yang dikhaskan untuk Piala Dunia; beberapa pasukan Olimpik juga pernah mengambil janji yang sama (walaupun ini tidak pernah menghalang penjualan dan penggunaan tertinggi). Malah pernah dilaporkan bahawa pentinju Muhammad Ali enggan melakukan persetubuhan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum sesuatu perlawanan.

    Walaubagaimanapun, tiada individu yang berjaya membuktikan bahawa bersetubuh akan menjadikan seseorang pemain itu lebih teruk atau baik dalam sukan. Pelbagai faktor yang memainkan peranan seperti, masa, tidak cukup tidur. Kebanyakkan kajian yang telah dijalankan memberi jawapan yang tidak konklusif. Keletihan tidak boleh dijadikan faktor yang hebat kerana kebanyakkan hubungan seksual membakar dalam 25-50 kalori iaitu sama seperti berjalan dua anak tangga. Seperti yang dikatakan sebelum ini, banyak mahzab tentang patutkah pemain bersetubuh dahulu sebelum satu permainan, ada yang merasakan ianya membantu mereka melegakan kegelisahan, dan ada pula yang merasakan ianya seperti satu gangguan.

    Kumpulan Yang Melarang Seks

    • Jerman

    Jurulatih Joachim Low tidak mahu isteri dan teman wanita merosakkan persediaannya pemainnya di Rusia, dengan pemain terpaksa meminta kebenaran khas untuk berjumpa pasangan mereka dan juga anak-anak mereka. Ini adalah untuk membina persaingan tetapi mereka akan diharamkan berhubungan semasa kejohanan. Adakah ini punca kekalahan pasukan Jerman menentang Mexico (kumpulan yang mengalukan persetubuhan)? Selain daripada seks, pasukan Jerman juga dilarang menggunakan media sosial dan minum minuman keras.

    Seks

    Sumber Gambar: FIFA.com

    Seks

    Sumber Gambar: FIFA.com

    • Panama

    Jurulatih Panama, Hernan Dario telah meletakkan larangan seks dan berjumpa keluarga dan teman wanita untuk membolehkan pemain menumpukan perhatian pada padang dan membantu mereka menjaringkan sebanyak gol yang boleh. Kumpulan Panama juga gagal membolos gawang lawan, adakah pantang ini menjatuhkan semangat pemain?

    Seks

    Sumber Gambar: Getty

    • Nigeria

    Wakil Afrika Nigeria juga mempunyai larangan seks. Jurulatih Gernot Rorh melarang pemainnya daripada melakukan aktiviti seksual dengan wanita-wanita di Rusia. “Ya, para pemain boleh membawa isteri dan keluarganya untuk melawat mereka di Piala Dunia. Walau bagaimanapun, saya tidak akan membenarkan mereka mempunyai gadis Rusia, tidak, tidak, tidak. Hanya kapten Mikel yang mempunyai rakan Rusia boleh datang bersamanya, “kata Rohr. Nigeria juga kalah pada perlawanan pertama mereka tempoh hari, mungkin jurulatih boleh berikan sedikit “semangat” kepada pemain untuk perlawanan seterusnya.

    Seks

    Sumber Gambar: Getty

    Kumpulan yang tidak mengumumkan pantang ini tetapi kami rasa berpantang juga ialah Arab Saudi, Egypt, Iran, Morocca dan Tunisia.

    Kumpulan Yang Mengalukan Seks

    • Mexico

    Ramai yang sudah pasti tahu, bahawa skandal yang melanda pasukan ini sebelum kejohanan, tapi mungkin kepercayaan karut mereka ini membawakan hasil. Mereka berjaya menundukkan Juara Bola Sepak Dunia, iaitu pasukan Jerman (pasukan yang melarang persetubuhan). Jurulatih mereka mengatakan, pemain mereka dibenarkan melakukan apa sahaja semasa free time mereka dan hari yang tiada perlawanan.

    Seks

    Sumber Gambar: Getty

    • Brazil

    Pasukan Brazil mempunyai pantang yang lebih kurang, mereka digalakkan bersetubuh cuma ianya tidak boleh seperti marathon dan perlu minimum 4 jam sebelum perlawanan. Yang penting aktiviti seks itu tidak memenatkan, ianya menaikkan semangat dan membuatkan anda berani dan berinspirasi tinggi! Pemain-pemain kumpulan ini juga dengan terang-terang banyak yang berkongsi  yang melakukan hubungan seks sebelum perlawanan menolong mereka bermain dengan lebih baik (Mungkin Piala Dunia 2014 mereka tak cukup main itu sebab kalah 7-1 dengan Jerman). Pasukan ini juga mempunyai jadual waktu bersetubuh yang dimasukkan sekali dengan latihan lain. Hebat dan dahsyat semangai dan cara permainan mereka ini, jin samba dia menari di mana sahaja.

    Seks

    Sumber Gambar: FIFA.com

    Ramai atlet mempunyai ritual pra-permainan, atau lucky tokens, dan beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kepercayaan karut ini sebenarnya meningkatkan prestasi. Oleh itu mungkin larangan seks sebelum perlawanan secara teknikal tidak banyak mengganggu penampilan di padang, tetapi untuk mendapatkan pola pikir yang tepat, lain orang lain cara, tepuk dada tanya selera. Yang semestinya, walaupun bukan Ramadhan dan anda tidak berpuasa tetapi jika anda Islam masih belum berkahwin persetubuhan dengan manusia atau bukan adalah haram, yang halal hanya dengan suami atau isteri manusia anda sahaja.

    Jom lah baca artikel yang lain: (Piala Dunia) Onani Kunci Kejayaan Portugal? Macam-Macam Hal!

    Jom baca artikel ini juga: (Piala Dunia) 5 Wanita Paling & Hot di Edisi 2018!

    Sumber:
    https://sputniknews.com/worldcup-2018/201806071065207996-brazil-football-timetabled-sex-world-cup/
    https://www.dailystar.co.uk/news/world-news/708673/world-cup-brazil-team-sex-ban-russia-2018-neymar-fernandinho
    https://sputniknews.com/worldcup-2018/201806091065271029-sex-footballers-world-cup/
    https://bleacherreport.com/articles/2781627-how-much-sex-do-footballers-need-at-the-world-cup

    Leave a comment

    Your email address will not be published.