• Bayangkan sebuah Ferrari dipandu laju untuk pulang berhari raya menggunakan tayar celup. Begitulah persembahan yang ditunjukkan oleh skuad Portugal dlm perlawanan menentang Sepanyol pagi tadi.

    Dalam perlawanan menentang Sepanyol yang berkesudahan 3-3 dengan Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik, Portugal sebenarnya boleh mematikan cabaran Sepanyol lebih awal jika pertahanan mereka tidak melakukan defensive error yang membolehkan Diego Costa menjaringkan 2 gol.

    Sepanyol bermula dengan gugup, mungkin kesan psikologi kehilangan ketua jurulatih sehari sebelum bertemu Portugal, hinggakan mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Andres Iniesta di separuh masa pertama. Pertahanan Portugal patut menyalahkan diri mereka sendiri apabila tidak dapat menyekat Diego Costa menjaringkan 2 gol. Setelah Sepanyol mendapat gol ke-2, barulah mereka mendapat keyakinan untuk menyimpan bola lebih lama.

    Sementara itu, bahagian tengah dan serangan Portugal bukanlah beraksi dalam mode taktikal yang begitu kompleks. Mereka bermain dengan mudah tetapi efektif. Goncalo Guedes sedikit tenggelam kerana beraksi di posisi baru tetapi aksi genius Ronaldo membolehkan mereka menjaringkan 3 gol.

    Fernando Santos patut memikirkan semula gandingan pertahanan beliau kerana aksi mereka cukup buruk bertemu Sepanyol. Beliau mungkin mahu mengekalkan gandingan ini kerana merekalah yang menghadiahkan Piala Eropah kepada Portugal namun, 2 tahun lalu, Pepe adalah tonggak Real Madrid, sementara Jose Fonte adalah leader kepada Southampton di Premier League. Pemain-pemain ini sekarang hanya seperti bayang-bayang mereka 2 tahun lalu.

    Jika isu pertahanan ini berjaya dibaiki oleh Fernando Santos, Portugal mungkin boleh mara jauh dalam Piala Dunia kali ini. Buat masa sekarang, Jose Fonte, Cedric dan Rui Patricio adalah weakest link di bahagian pertahanan Portugal.

     

     

    Leave a comment

    Your email address will not be published.