• Mungkin ramai yang terlupa, tetapi Portugal hadir ke Piala Dunia sebagai Juara Eropah. Melihat kepada komposisi skuad yang bakal dibawa Fernando Santos ke Piala Dunia, tidak ramai pemerhati bolasepak yang menjangka Portugal akan mara jauh dalam Piala Dunia kali ini.

    Bagaimanapun, Portugal sebenarnya adalah pasukan yang sukar dijangka. Berpaksikan sistem permainan 4-3-3 wide yang fleksibel, sudah tentu Cristiano Ronaldo bakal menjadi senjata utama mereka. Namun, jika kita lihat dalam Euro 2 tahun lalu, kelebihan terbesar Portugal adalah sebenarnya kerjasama sepasukan mereka.

    Portugal bergelut untuk melepasi pusingan kelayakan. Tetapi dalam perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia kali ini, Portugal sebenarnya menunjukkan tanda-tanda mereka sedang membina kesefahaman dan balance dalam permainan mereka. Dalam sistem permainan 4-3-3 wide Portugal, 2 pemain Centre Midfield mereka memainkan peranan penting dalam membina fleksibiliti pasukan. Ketika menyerang, Fernando Santos akan mengarahkan pemain Centre Midfield mereka berada di half space bagi menjadi outlet serangan, membolehkan pemain sayap mereka melakukan overlapping atau cut inside. Di fasa attacking third, akan kerap berlaku pertukaran posisi di antara 3 pemain forward dan 2 CM mereka untuk memecahkan blok pertahanan pasukan lawan.

    Selain itu, pemilihan pemain tengah Fernando Santos juga agak menarik. Mereka mempunyai holding midfielder Joao Moutinho, pemain tengah bertahan William Carvalho, dan 2 workhorse Adrien Silva serta Bruno Fernandes. Variasi pilihan pemain di bahagian tengah ini memberikan option kepada Fernando Santos untuk bermain secara bertahan, mengawal permainan ataupun bermain dalam mode menyerang.
    4-3-3 Wide yang digunakan Portugal

     

     

    Key Player: Bernardo Silva, Cristiano Ronaldo

    Kekuatan:
    i) Kerjasama sepasukan yang sedang dibentuk Fernando Santos dalam momentum baik
    ii) Bakat muda seperti Goncalo Guedes mungkin kurang dikenali tetapi berpotensi untuk menggegar Piala Dunia
    iii) Pemilihan pemain yang balance dan memberikan banyak option
    iv) Sukar dijangka

    Kelemahan:
    i) Unit pertahanan yang over peak.
    ii) Tidak konsisten
    iii) Sukar dijangka

    Ramalan Penulis: Tewas di Suku Akhir

    Sumber Gambar: mirror.uk

    Leave a comment

    Your email address will not be published.