• Penyerang pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo, menjaringkan satu gol ketika perlawanan kedua kumpulan B Piala Dunia 2018 antara pasukan Morocco di Stadium Luzhniki, Moskow, pada hari Rabu (20/6/2018) tempoh hari. Portugal menang 1-0, yang pasti pasukan Morocco dipastikan telah tersingkir untuk ke peringkat seterusnya.

    Ronaldo membolosi gawang pasukan Morocco melalui tandukan pada minit keempat. Ini menjadi gol keempat pemain bintang Real Madrid ini pada edisi Piala Dunia 2018 kali ini. Dengan itu, Ronaldo ketika ini menduduki tangga teratas sebagai “top scorer” sementara kejohanan tersebut. Ronaldo berada dia atas dengan perbezaan satu gol ke atas penyerang Rusia, Denis Cheryshev.

    Selain itu, Ronaldo pun memecahkan rekod sebagai pemain paling menyerlah di Eropah dalam penampilannya bersama skuad kebangsaan. Kini, pemain berusia 33 tahun tersebut sudah mengumpul sebanyak 85 gol dalam 152 perlawanan bersama negaranya, Portugal.

    Jumlah tersebut melepasi rekod lagenda Real Madrid yang berasal dari negara Hungary, Ferenc Puskas (84). Sebelumnya, Ronaldo menyamai rekod Puskas ketika melakar “hat-trick” pada perlawanan pertama kumpulan B menentang pasukan Sepanyol yang diakhiri dengan keputusan seri iaitu 3-3.

    Akan tetapi, Ronaldo belum menjadi pemain yang paling menyerlah di dunia untuk peringkat kebangsaan. Torehan gol bekas pemain sayap kelab Manchester United ini masih kalah dari lagenda Iran, Ali Daei, yang telah meledak sebanyak 109 gol dari 149 di perlawanan antarabangsa. Bukan sahaja rekod gol. Ronaldo menjadi pemain pertama dari Portugal sejak Jose Torres pada tahun 1966, yang meledakkan gol dengan kaki kanan, kaki kiri dan juga melalui tandukan, dalam temasya Piala Dunia.

    Sumber: KOMPAS

    Janga Lupa Untuk Baca Juga: [Piala Dunia] Selain Ronaldo dan Messi, Ini Pemain Yang Diancam IS

    Leave a comment

    Your email address will not be published.