• Sweden mengalahkan Perancis dalam pusingan kelayakan, menyingkirkan Belanda dan mengalahkan Itali dalam perlawanan play-off, dan malam tadi mereka makan Tacos hidangan Mexico. Sweden mengalahkan Mexico 3-0 dan dengan keputusan itu mereka menumbangkan satu lagi pasukan gergasi Germany untuk layakkan diri ke pusingan 16 pasukan terakhir bersama Mexico.

    Sweden dengan selesa meratah Mexico di Ekaterinburg untuk membalas dendam akibat kekalahan minit akhir mereka di tangan Jerman pada hari Sabtu dan menyingkirkan pasukan Joachim Loew.

    Mereka amat berhak untuk mencapai pusingan 16 pasukan terakhir untuk kali keempat berturut-turut dan kemenangan ini adalah kejayaan organisasi dan semangat berpasukan Andersson.

    Mexico boleh menarik nafas lega dan hanya layak ke pusingan seterusnya bersama Sweden kerana Jerman kalah mengejut  di tangan Korea Selatan.

    Pada awal perlawanan ini, kita disajikan dengan kad kuning terpantas di Piala Dunia apabila pemain Mexico, Jesus Gallardo telah dilayangkan kad kuning selepas hanya 15 saat kerana menjatuhkan Ola Toivonen.

    Mexico bergelut untuk mempertahankan tendangan percuma Sweden dari kekasaran tadi yang dan ini telah menetapkan nada permainan dengan Sweden kerap mengganggu mereka dengan “set-piece”.

    Kapten dan bekas pemain tengah Wigan Andreas Granqvist sering mengancam Mexico dan Marcus Berg membuat satu tendangan libas ke belakang yang tersasar  hasil dari tandukan Granqvist yang bermula dari sepakan sudut.

    Guillermo Ochoa kemudian menepis keluar percubaan Berg dari satu lagi sepakan sudut.

    Andersson berang apabila pengadil Nestor Pitana enggan memberi Sweden sepakan penalti selepas Javier Hernandez dilihat telah menampan bola dengan tangan, walaupun diminta oleh VAR untuk mengkaji kejadian itu. Penyerang West Ham itu menahan bola antara kawasan dada dan lengan kanannya.

    Mexico telah dihukum akibat bermain untuk tidak kalah kerana mereka hanya memerlukan satu mata untuk maju. Persembahan mereka agak teruk, hanya mengancam sekali-sekala melalui Carlos Vela dan Hernandez.

    Sweden berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-50, namun bukan dari pergerakan “set-piece”.

    Seb Larsson, yang akan digantung untuk perlawanan Sweden yang seterusnya selepas menerima kad kuning keduanya, membuat hantaran kepada Berg di sebelah kanan dan ketika Viktor Claesson tidak berjaya menyambut hantaran silangnya, bola jatuh ke Ludwig Augustinsson di palang gol belakang dan beliau menjaringkan gol pertamanya di peringkat antarabangsa.

    Sweden menjaringkan gol kedua mereka dari sepakan penalti pada minit ke-62 ketika Hector Moreno menjatuhkan Berg dan Granqvist menyempurnakan sepakan penalti keduanya di kejohanan ini.

    Mexico terus ranap dan memberi pasukan benua Eropah itu gol yang ketiga pada minit ke-74 apabila Edson Alvarez menjaringkan gol sendiri.

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: Hyundai 2 – BMW 0, Bye Jerman!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.