• Kejohanan Piala Dunia di Rusia ini penuh dengan detik-detik mendebarkan sehingga ke tahap ini, dan dengan pusingan kalah mati yang akan bermula tak lama lagi, ia berjanji untuk memanaskan lagi keadaan. Kejohanan Piala Dunia adalah pentas di mana banyak bintang berprofil tinggi telah membuat nama mereka, seperti Mesut Ozil dan Thomas Muller pada tahun 2010, dan James Rodriguez yang melakukannya empat tahun lalu di Brazil.

    Tetapi bintang-bintang muda yang mana telah mula menyinar pada kejohanan kali ini? Berikut adalah kupasan enam pemain yang telah menonjol di Rusia, termasuk pemain tengah yang dikatakan berada dalam senarai perpindahan Real Madrid.

    Rodrigo Bentancur – Uruguay, 21 Tahun

    Sumber Gambar: EPA

    Walaupun kita berada hanya dua minggu ke dalam kejohanan di Rusia, beberapa pemain muda telah menaikkan nama mereka dengan persembahan mereka setakat ini, termasuk pemain tengah Uruguay, Rodrigo Bentancur yang berusia 21 tahun.

    Pemain Juventus ini telah bermain di semua tiga perlawanan Piala Dunia Kumpulan A negaranya dan menunjukkan persembahan yang mengagumkan dengan kesungguhan dan keupayaannya untuk bermain bola dengan baik dengan kedua kaki kiri dan kanannya.

    Aleksandr Golovin – Rusia, 22 Tahun

    Piala

    Sumber Gambar: Russian Football News

    Pemain tengah Rusia, Aleksandr Golovin menonjol untuk negara tuan rumah, setelah menjaringkan satu gol dan membantu dua lagi gol dalam dua perlawanan Piala Dunia. Pemain CSKA Moscow tidak bermain dalam perlawanan akhir Kumpulan A Rusia menentang Uruguay, tetapi dia akan menjadi faktor penting untuk tuan rumah maju ke peringkat yang lebih jauh.

    Hirving Lozano – Mexico. 22 Tahun

    Piala

    Sumber Gambar: REUTERS

    Satu lagi pemain lain yang perlahan-lahan menyinar tetapi pasti menjadi nama yang melekat di mulut para peminat ialah Hirving Lozano dari Mexico. Pemain sayap berusia 22 tahun itu menjaringkan gol kemenangan negaranya ketika menentang Jerman dalam perlawanan Kumpulan F pertama mereka, dan juga memberi satu persembahan yang hebat ketika menentang Korea Selatan.

    Manuel Akanji – Switzerland, 22 Tahun

    Piala

    Sumber Gambar: goldenball.tv

    Persembahan hebat Manuel Akanji ketika membantu Switzerland untuk memperolehi keputusan seri 1-1 menentang Brazil adalah satu yang patut dibanggakan.

    Akanji bermain di posisi pertahanan tengah telah menujukkan ketangkasan yang berwibawa di posisi itu dan memenangi kesemua tujuh “duel” nya dan tidak memberikan sebarang peluang kepada penyerang berkelas dunia Brazil.

    Yerry Mina – Columbia, 23 Tahun

    Piala

    Sumber Gambar:  vivaronews.com

    Pemain pertahanan Colombia, Yerry Mina menunjukkan prestasi yang sangat baik untuk negaranya dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas Poland, walaupun masa depannya di FC Barcelona dilaporkan dalam keadaan tak menentu. Persembahan itu mungkin mengembirakan beberapa pegawai kelab Barcelona yang kini mungkin ingin dia kekal di kelab itu.

    Sergej Milinkovic-Savic – Serbia, 23 Tahun

    Sumber Gambar: talksport.com

    Di tengah-tengah musim pemindahan di mana ada khabar angin baru setiap hari, satu nama yang melekat pada mulut semua orang ialah Milinkovic-Savic. Pada usia 23 tahun dan sudah bermain di Belgium dengan Genk dan kini di Itali dengan Lazio, dan nilai pasarannya semakin meningkat. Pasukan seperti Barcelona dan Real Madrid telah bertanya tentang pemain yang bernilai sekitar € 100 juta. Ini adalah yuran yang sama Barça sanggup belanja untuk mendapatkan k Griezmann. Milinkovic-Savic pasti menjadi pemain untuk diperhatikan di Piala Dunia.

     

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: Bintang Swiss Yang Membenam Serbia Didenda!

     

    Leave a comment

    Your email address will not be published.