• Kejayaan Portugal memenangi UEFA Euro 2016 nyata memberi kejutan kepada peminat bola sepak. Siapa sangka pasukan yang hanya mmengharapkan Cristiano Ronaldo untuk menggerakan pasukan ini berjaya memenangi temasya bola sepak paling agung diantara negara-negara di benua Eropah. Akan tetapi, pasukan bimbingan Fernando Santos ini akan berdepan ujian sebenar dalam temasya Piala Dunia edisi kali ini.

    Ramai yang berpendapat kejayaan Seleção das Quinas memenangi UEFA Euro 2016 tidak lebih kerana nasib menyebelahi mereka. Man tidaknya, perjalanan anak-anak buah Fernando Santos ini tidaklah sehebat pasukan seperti Jerman dan juga Perancis. Portugal mara ke pusingan kalah mati di atas tiket pasukan di tempat ketiga terbaik.

    Dalam temasya Piala Dunia kali ini, Portugal diletakkan dalam kumpulan B bersama juara 2010, Sepanyol, Maghribi dan pasukan dari benua Asia, Iran. Mereka cemerlang ketika kempen kelayakkan dengan mengutip sembilan kemenangan dan hanya tewas sekali. Mujur Portugal mempunyai jaringan yang besar berbanding pasukan di tangga kedua, Switzerland bagi membolehkan mereka layak secara automatik ke saingan Piala Dunia.

    Sudah pasti juara Eropah ini akan mengharapkan ketua pasukan mereka iaitu Cristiano Ronaldo bagi menggerakan pasukan dalam temasya kali ini. Pemain berusia 32 tahun ini mempunyai musim yang gemilang bersamma Real Madrid dimana beliau baru-baru ini berjaya membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan pasukan Liverpool.

    Selain Cristiano Ronaldo, ketua jurulatih, Fernando Santos membawa pasukan yang boleh dikatakan sama semasa kempen kemenangan mereka pada 2016. Hanya beberapa pemain veteeran seperti Nani dan penjaring gol kemenangan ketika perlawanan akhir, Eder tidak dibawa ke Rusia oleh Santos.

    Kami berpendapat sedikit sukar untuk Ronaldo dan rakan-rakan mengulangi pencapaian ketika UEFA Euro 2016. Ini kerana pasukan gergasi yang lain seperti Brazil, Perancis, Sepanyol dan Argentina akan menjadi halangan untuk mereka menggapai trofi yang diidamkan oleh seluruh pemain bola sepak ini.

    Akan tetapi, jika mereka kekal disiplin dan memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan lain, tidak mustahil sejarah lama akan berulang kembali di bumi Rusia nanti.

    Baca Juga: Singa Atlas Mahu Cipta Kejutan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.