• Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal dipertandingkan pada kongres FAM yang akan diadakan bulan depan.

    Penarikan diri Tan Sri Annuar ini bermakna seorang lagi calon iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin menang tanpa bertanding dan akan mengisi kerusi presiden. Menurut Tan Sri Annuar, beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan beberapa pihak iaitu pemimpin bola sepak negeri dan juga peringkat kebangsaan.

    Beliau ada berbincang dengan pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga Datuk Hamidin sendiri. Selepas mengadakan perbincangan dengan dua individu ini, beliau gembira dengan komitmen tinggi yangg akan terus di berikan oleh TMJ kepada Bolasepak Malaysia.

    Tambah Tan Sri Annuar lagi, beliau kini mahu memberikan sepenuh tumpuan beliau ke bidang politik bersama UMNO.

    Untuk rekod, ini bukan kali pertama Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ketika dicalonkan disamping Tunku Ismail, Tan Sri Annuar juga menarik diri pada saast akhir bagi membolehkan pemilik JDT tu menjadi Presiden FAM tahun lalu.

    Kini, Datuk Hamidin secara automatik terpilih menjadi Presiden FAM yang baru bagi menggantikan Tunku Ismail. Besar tanggungjawab beliau memandangkan mutu bola sepak Malaysia perlukan penambahbaikan dengan kadar yang segera.

    Apa yang pasti, Datuk Hamidin perlu mempunyai perancangan tentang bagaimana meningkatkan lagi mutu dan juga kualiti pasukan kebangsaan kita. Itu adalah tugasan paling penting setelah beliau menjawat sebagai presiden.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan Tan Sri Annuar Musa yang menarik diri daripada persaingan merebut kerusi Presiden FAM ?

    Baca Juga: Boleh Ke Fokus Dua Jawatan Sekaligus ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.