Sumber Gambar: 90min

Jurulatih England, Gareth Southgate, tidak ingin pulang dengan tangan kosong dari Piala Dunia 2018. The Three Lions membau posisi ketiga, Inilah misi England dalam perlawanan menentang Belgium. “Sejujurnya, perlawanan perebutan tempat ketiga bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh semua pasukan yang bertanding dalam edisi Piala Dunia ini. Namun, kami harus menyelesaikan kejohanan ini dengan keputusan yang positif,” kata Southgate.

“Kami ingin menghormati penyokong dan pasukan lawan dalam perlawanan nanti. Kami tetap akan bermain dengan penuh bangga sebagai wakil negara England.” “Kami akan bermain cemerlang dan berusaha mendapatkan kemenangan. Cabaran kami ketika ini adalah mengembalikan mental setelah kalah pada perlawanan separuh akhir semalam,” kata Southgate.

Pasukan England kalah dalam perlawanan separuh akhir menentang pasukan Croatia, manakala pasukan Belgium kalah menentang pasukan Perancis. Kedua negara tersebut akan berlangsung di Krestovsky Stadium pada Sabtu ini (14/7/2018). Kedua pasukan ini sudah berjumpa ketika dalam perlawanan kumpulan Piala Dunia 2018 kerana pasukan England dan Belgium sama-sama berada dalam kumpulan G. Ketika itu, England kalah dengan jaringan 0-1 menentang pasukan Belgium.

Mampukah kali ini England merangkul kemenangan ke atas pasukan Belgium untuk merebut tempat ketiga dalam perlawanan Piala Dunia 2018 nanti? Atau pasukan Belgium sekali lagi membuktikan bahawa mereka layak untuk merebut tempat tersebut? Apa yang pasti, kedua-dua pasukan ini kecewa setelah mereka tewas dalam peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018. Pastinya taktikal pasukan ini akan sedikit berbeza selepas pernah melawan sesama sendiri.

Sumber: Sports Mole

BACA JUGA: [Piala Dunia] Penyebab Pasukan England Gagal Ke Final Piala Dunia 2018

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

 

Leave a Reply