Sumber Gambar: JST

Kapten pasukan ternama liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun, mengesahkan bahawa skuad Harimau Selatan akan turun berdepan Kedah di Stadium Darul Aman malam ini  dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 16 perlawanan berturut-turut. Harris Harun menjelaskan bahawa pasukan JDT ‘kelaparan’ untuk memburu kemenangan walaupun sudah dinobatkan sebagai juara Liga Super berturut-turut.

Pasukan JDT mengesahkan kejuaraan itu setelah menundukkan pasukan Perak dengan keputusan 2-1 di tempat lawan Selasa lalu. Untuk fakta, skuad yang dibimbing oleh Raul Longhi itu masih belum tewas dalam tempoh empat bulan dalam saingan di Liga Super sejak mengatasi pasukan Melaka United dengan keputusan 3-0 pada 24 Februari yang lalu.

Harris Harun juga mengatakan pasukan JDT akan menunjukkan kebolehan dan menampilkan mentaliti sebagai juara dan mencipta kemenangan. Pemain yang berasal dari negara jiran, Singapura muncul sebagai watak utama dalam kemenangan ke atas pasukan Perak susulan menghasilkan gol penyamaan pasukan JDT.

Kejayaan bersama skuad JDT itu membolehkan Harris meraih gelaran menjadi pemain yang telah mengangkat Piala Liga Super keenam berturut-turut dalam kariernya sejak kali pertama bersama pasukan LionsXII pada edisi tahun 2013.

Pasukan JDT telah pun menempah slot ke kelayakkan Liga Juara-Juara Asia tahun depan apabila telah bergelar sebagai juara Liga Super untuk musim 2018 ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT. Diharapkan pasukan lain terus memberikan saingan dalam aksi Liga Super musim ini serta dapat memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Sumber Rujukan: Stadium Astro

BACA JUGA: JDT selesa menuju “High Five”.

Leave a Reply