Sumber Gambar: 90 min

Pasukan Croatia akan berhadapan dengan pasukan Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia 2018, di Stadium Luzhniki, Moscow, Ahad ini. Ini merupakan kali pertama pasukan yang bergelar sebagai Vatreni itu tampil dalam pentas akhir Piala Dunia. Croatia bermain di Piala Dunia kali ini dengan cukup cemerlang. Pada perlawanan peringkat kumpulan, Luka Modric dan rakan sepasukannya menyapu bersih kemenangan yang dihadapinya, termasuk ketika menghadapi Argentina.

Cabaran bagi Croatia baru terjadi ketika berada di peringkat kalah mati. Pasukan asuhan Zlatko Dalic ini dipaksa bermain hingga ke penentuan sepakan penalti melawan Denmark dalam peringkat 16 pasukan terbaik dan tuan rumah Rusia pada suku akhir. Selanjutnya, Croatia kembali mendapat cabaran sukar menghadapi England. Tertinggal 0-1, Croatia akhirnya mengalahkan England melalui gol dalam masa tambahan yang menghasilkan keputusan penuh 2-1.

Kini, Croatia di ambang sejarah bagi negara mereka. Para pemain Croatia ingin merasakan indahnya meraih trofi Piala Dunia. Generasi emas yang dipimpin oleh Modric itu sudah melampaui rekod pemain seniornya. Pada Piala Dunia 1998, Davor Suker (sekarang sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Croatia) dan rakan-rakan yang menjalani debut di Piala Dunia berjaya menempah hingga ke peringkat ketiga.

Berikut ini adalah tiga modal berharga Croatia demi melakar sejarah di Piala Dunia:

1. Perpaduan & Motivasi

Jurulatih Zlatko Dalic telah melakukan sesuatu yang sangat luar biasa. Atmosphere di dalam mahupun luar padang pasukan Croatia sangat baik, seperti yang banyak dikatakan oleh para pemainnya. Mereka bersatu sebagai sebuah keluarga yang hangat. Para pemain berjuang mati-matian di atas padang. Terbukti, Croatia melalui tiga kali peringkat masa tambahan sebelum akhirnya mara ke peringkat akhir.

2. Watak dan mental yang kuat

Croatia menjalani perlawanan-perlawanan yang amat berat sejak melepasi peringkat kumpulan. Bayangkan, mereka selalu tertinggal dari lawan-lawan yang dihadapinya. Croatia harus melalui dua kali drama penentuan sepakan penalti dan sekali hingga waktu tambahan berakhir. Semuanya berjaya dilalui Vatreni dengan susah payah. Memerlukan watak dan mental yang kuat untuk menyamakan kedudukan dan membalikkan keadaan. Kapten, Modric, mengatakan Croatia menunjukkan watak yang sebenarnya. Kini, cabaran selanjutnya ada di depan mata. Croatia harus mengalahkan Perancis, sesuatu yang belum pernah dilakukan mereka dalam lima kali pertemuan dengan Les Blues.

3. Pengalaman

Luka Modric merupakan kapten sekaligus pemimpin Croatia di Piala Dunia 2018. Pengalaman Modric bersama Real Madrid turut membantunya menjadi pemimpin dalam pasukan Croatia. Selain Modric, Croatia juga memiliki beberapa pemain lain yang bermain di kelab gergasi, seperti Ivan Rakitic (Barcelona), Ivan Perisic (Inter Milan), Mario Mandzukic (Juventus), ataupun Dejan Lovren (Liverpool). Dengan purata usia pemain, 27 tahun 10 bulan, Croatia memiliki pengalaman dan kepercayaan diri yang tinggi. Ini kerana, para pemain utama Croatia majoriti menjadi tunjang utama di kelabnya masing-masing.

Sumber: Bola.com

BACA JUGA:(Piala Dunia) Wira Croatia berduka kerana Real Madrid kehilangan ‘superstar’ 

Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10%: http://bit.ly/2NrF56X

Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

Leave a Reply