Sumber Gambar: Vocket

Ahli perniagaan dari Malaysia yang dikhabarkan membeli 50% saham dalam kelab Itali iaitu FC Bari, Dato Noordin Ahmad dikatakan hilang dari radar dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Nama beliau kembali menjadi perhatian setelah FC Bari terpaksa turun ke saingan Serie D disebabkan kegagalan mereka untuk melengkapkan perihal pendaftaran bagi mengharungi musim baru Serie B.

FC Bari terpaksa turun ke peringkat amatur tertinggi di Liga Itali iaitu Serie D di atas kegagalan mereka untuk menepati keperluan kewangan yang telah ditetapkan oleh FIGC sekaligus mereka tidak boleh mendaftarkan diri untu beraksi dalam saingan Serie B musim hadapan.

Sebelum ini, Dato Noordin mengejutkan komuniti bola sepak Malaysia dan Itali khususnya apabila beliau dikhabarkan telah membeli sebanyak 50% saham dalam kelab tersebut. Pembelian yang dilakukan oleh Dato Noordin ini nyata memberikan khabar yang gembira buat peminat setia FC Bari.

Ini kerana kelab tersebut telah menghadapi krisis kewangan yang teruk malah pernah dinyatakan muflis pada tahun 2014. Dengan adanya pelabur baru, peminat berharap kewangan pasukan akan kembali kukuh dan pasukan boleh beraksi dengan lebih baik lagi.

Namun, janji hanya tinggal janji. Presiden FC Bari, Gianluca Paparesta terpaksa meletakkan jawatan kerana beliau gagal untuk mencari dana bagi membolehkan FC Bari mendaftar untuk bersang dalam Serie B. Dana tersebut sepatutnya diberikan oleh Dato Noordin Ahmad selaku pemegang saham terbesar kelab. Akan tetapi, perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.

Kini kelab yang berusia 110 tahun itu bakal memulakan saingan musim 2018/2019 di peringkat tertinggi bola sepak Amatur di Itali iaitu Serie D. FC Bari akan mengikuti jejak langkah Parma yang pernah diturunkan ke peringkat sama kerana masalah kewangan. Parma kemudiannya berjaya bangkit dan mereka akan beraksi di saingan Serie A musim hadapan.

Selain FC Bari, satu lagi kelab, Cessena juga menerima nasib yang sama apabila disingkirkan daripada Serie B kerana kegagalan untuk melengkapkan pendaftaran.

Baca Juga: Selangor Bakal Dikenakan Tindakan

Leave a Reply