Sumber Gambar: mStar

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memanggil empat pemain yang sebelum ini berada dalam senarai menunggu untuk meyertai kem latihan pusat bagi persediaan menghadapi temasya Sukan Asia 2018 yang akan bermula Ogos depan.

Empat pemain yang dimaksudkan ialah Adib Zainuddin (JDT II), R.Kogileswaran (Pahang), Akhyar Rashid (Kedah) dan Syahmi Safari (Selangor). Dengan penambahan empat pemain ini, OKS akan mempunyai seramai 28 pemain yang akan melaporkan diri pada 30 Julai ini.

Kami berpendapat Datuk Ong Kim Swee memanggil empat pemain ini memandangkan mereka merupakan antara tonggak skuad Bawah 23 yang mencatatkan sejarah mara ke suku akhir di temasya Piala AFC B-23 di China awal tahun ini.

Selain itu, Datuk Ong mahu memanggil seramai pemain yang boleh agar beliau tidak mengalami kesukaran jika ada pasukan yang enggan untuk melepaskan pemain mereka bagi menyertai skuad bawah 23 tahun negara.

Sebelum ini, Datuk Ong menzahirkan kerisauan beliau jika pasukan gagal enggan untuk melepaskan pemain mereka kerana Sukan Asia bertembung dengan saingan Piala Malaysia 2018. Jadi, untuk mengelakkan masalah daripada berlaku, Datuk Ong memanggil seramai mungkin pemain dan akan menilai mereka ketika sesi latihan dan juga perlawanan persahabatan.

Skuad bawah 23 tahun negara akan terbang ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang pasukan China bawah 23 tahun pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air pada 6 Ogos untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM.

Daripada 28 pemain yang dijangkakan akan melapor diri pada 30 Julai ini, hanya 20 pemain sahaja yang akan dipilih bagi membawa cabaran negara pada temasya Sukan Asia 2018 nanti.

Apa pendapat anda mengenai keputusan Datuk Ong Kim Swee yang memanggil empat pemain yang sebelum ini berada di senarai menunggu untuk menyertai latihan pusat skuad bawah 23 tahun negara menjelang kempen Sukan Asia 2018 yang akan bermula Ogos nanti ?

Mampukah keempat-empat pemain ini memikat hati Datuk Ong sekaligus tersenarai dalam senarai akhir pasukan yang akan terbang ke Indonesia ?

Baca Juga: Mampukah Harimau Muda Melepasi Peringkat Kumpulan ?

Leave a Reply