• Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida menasihatkan supaya Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini, Bibi Ramjani Ilias Khan berundur daripada menguruskan pasukan bola sepak Pantai Timur itu. Katanya, Bibi Ramjani sepatutnya berfikir panjang sebelum terjun ke bidang bola sepak.

    Menurut Datuk Seri Vida, menguruskan bola sepak bukan satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan komitmen dan ilmu yang tinggi berkaitan dengan sukan berkenaan serta ketahanan mental yang tinggi.

    Jutawan kosmetik ini berkata demikian kerana sebelum ini beliau pernah merasai tekanan sama seperti yang dihadapi oleh Bibi ketika ini dimana prestasi pasukan sedang menurun ketika itu dan perkara tersebut memberikan kesan kepada jualan produk Vida Beauty.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Vida ini merupakan kenyataan balas setelah Bibi Ramjani mahu meneliti kembali kontrak penajaan Vida Beauty terhadap Kelantan yang masih berbaki RM8 juta bagi musim 2017.

    Pada tahun 2016, Datuk Seri Vida membuat kejutan apabila beliau mahuu menaja pasukan Kelantan dengan nilai RM8 juta semusim. Datuk Seri Vida membuat pelbagai perubahan termasuk mengecat stadium dan juga merubah jersi “home” pasukan kepada warna merah jambu.

    Akan tetapi, Datuk Seri Vida enggan untuk menyambung tajaan beliau pada musim berikutnya kerana prestasi pasukan yang tidak memuaskan.

    KAFA ketika ini dikhabarkan sedang menghadapi masalah kewangan dengan masalah tunggakan gaji dan perbelanjaan pengurusan pasukan. AKhir sekali, Datuk Seri Vida berkata tidak perlu memperbesarkan isu tersebut kerana ianya sudah diselesaikan menerusi satu rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terdahulu iaitu Tan Sri Annuar Musa.

    Perjanjian tersebut dibuat menerusi syarikat The Red Warriors Shd. Bhd (TRW Sdn. Bhd) dan bukannya dengan persatuan bola sepak itu sendiri.

    Apa pendapat anda mengenai komen Datuk Seri Vida yang meminta Bibi Ramjani Ilias Khan untuk berundur daripada kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan ? Adakah anda bersetuju dengan komen Datuk Seri Vida ini ?

    Baca Juga: Datuk Seri Vida Masih Ada Urusan Dengan KAFA!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.