• Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru dilantik, Stuart Ramalinggam diberi mandat untuk membantu menjalankan perubahan yang dirancang oleh Datuk Hamidin Mohd Amin dalam tempoh tiga tahun serta memikirkan jaan penyelesaian kepada masalah seperti pelepasan pemain bagi tugasan kebangsaan dan juga jadual liga.

    Stuart, yang dilantik bagi menggantikan Datuk Hamidin yang diangkat menjadi Presiden FAM pada 15 Julai lalu berkongsi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh presiden FAM kepada beliau adalah merealisasikan manifesto dan objektif Datuk Hamidin dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

    Masalah yang dihadapi oleh beliau kini ialah isu pelepasan pemain bagi mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa antaranya kempen Sukan Asia pada Ogos ini dan juga jadual Liga Super dan Perdana yang sangat kucar-kacir.

    Untuk menyelesaikan masalah jadual Liga, FAM akan mengadakan perbincangan dengan pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) dan meminta mereka untuk menyediakan jadual dan juga kalendar yang sesuai dengan kejohanan utama. Bukan sahaja melibatkan pasukan B-19 atau B-16 saja, bahkan temasya Sukan Asia.

    Dan bagi menyelesaikan masalah pelepasan pemain pula, FAM akan mengadakan perbincangan dengan pasukan negeri dan juga kelab berkenaan perkara ini.

    Tambah Stuart Ramalinggam, perjalanan dan pelan strategik FAM akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang dan langkah ini sudah pun diserahkan kepada setiap jabatan teknikal, pentadbiran serta pengurusan.

    Kami berpendapat Stuart mengambil pendekatan yang baik dengan memfokuskan kepada dua masalah utama ketika ini iaitu isu jadual liag dan juga isu pelepasan pemain. Dua isu ini memerlukan penyelesaian yang segera kerana kedua-dua isu ini membabitkan kepentingan pasukan kebangsaan.

    Apa pendapat anda mengenai dua isu utama yang mahu diselesaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru dilantik, Stuart Ramalinggam ? Isu apa lagi yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera agar tidak memudaratkan pasukan kebangsaan dan juga Liga Malaysia khususnya ?

    Baca Juga: “FAM Harus Bertindak Dengan Lebih Tegas!” YB Bro

    Leave a comment

    Your email address will not be published.