• Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus mengemukakan bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asia ASEAN (AFF) atas tindakan penyokong tuan rumah yang membaling botol ke arah pemain Malaysia bawah 19 tahun selepas perlawanan menentang pasukan Indonesia bawah 19 tahun.

    Bantahan harus dibuat kerana perlakuan penyokong tuan rumah setelah pasukan mereka tewas itu adalah satu perlakuan yang tidak sopan, tidak sihat malah mengancam nyawa pemain Malaysia. Kepala pemain muda negara boleh bocor jika terkena balingan objek daripada penyokong lawan.

    Jika tiada sebarang aduan dibuat, maka perkara ini dibimbangi bakal berlaku kepada kontinjen Malaysia yang lain kerana kita akan bermain dalam beberapa kejohanan di Indonesia selepas ini. Seperti contoh, pasukan bawah 23 tahun negara akan beraksi di Sukan Asia manakala pasukan futsal negara juga akan beraksi di Indonesia. Jadi, jika tiada hukuman dikenakan, berkemungkinan besar penonton tuan rumah akan melakukan perkara yang lebih buruk lagi kepada pemain negara.

    Tidak dinafikan yang kita ini serumpun. Sama-sama makan sambal belacan dan juga tempe. Akan tetapi, jika berkaitan soal keselamatan pemain dan juga pegawai pasukan, perkara ini tidak boleh dibiarkan! Insiden ini bukanlah kali pertama berlaku. Sebelumnya sudah pernah terjadi insiden sehinggakan pemain kita terpaksa menggunakan Barracuda untuk memasuki stadium.

    Apa yang penting, FAM perlu bertindak tegas dan meminta agar tuan rumah dikenakan denda bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang. FAM juga perlu meminta permohonan maaf daripada Menteri Pemuda Dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi dan juga ketua umu. PSSI, Eddy Rahmayadi diatas kejadian ini. Kedua-dua individu ini wajib untuk meminta maaf kepada Malaysia.

    Apa pendapat anda mengenai serangan yang dilakukan oleh penonton Indonesia ketika pasukan bawah 19 tahun negara menewaskan pasukan Indonesia bawah 19 tahun semalam? Wajarkah FAM membuat bantahan kepada AFF dan AFC bagi memberi rasa serik kepada penyokong Indonesia yang begitu fanatik ini?

    Baca Juga: Harimau Muda Diserang Penyokong Indonesia!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.