• Pasukan bawah 19 tahun negara berpeluang untuk merangkul kejuaraan Piala AFF Bawah 19 Tahun apabila menentang pasukan Myanmar bawah 19 tahun dalam perlawanan akhir malam ini.

    Setelah berjaya mengharungi cabaran sukar ketika perlawanan separuh akhir menentang Indonesia tempoh hari, kini anak-anak buah Bojan Hodak berpeluang untuk mencipta sejarah di bumi Indonesia. Sejak 2002, Malaysia tidak pernah memenangi kejohanan tersebut meskipun telah mara ke perlawanan akhir sebanyak 5 kali.

    Jika barisan pemain muda negara mengekalkan corak permainan sepertimana ketika menewaskan Indonesia, tidak mustahil Malaysia mampu untuk merangkul gelaran pertama dan menamatkan kemarau kejuaraan. Selain itu, penulis berpendapat barisan serangan harus dipertingkatkan bagi memberikan ancaman yang lebih berbahaya terhadap kubu pertahanan Myanmar.

    Satu perkara yang pasti, anak-anak buah Bojan Hodak tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan Myanmar. Mereka berjaya mengejutkan pasukan pilihan juara, Thailand di peringkat separuh akhir dan sudah pasti Myanmar adalah satu pasukan yang mempunyai kelebihan dan juga kekuatan yang tersendiri.

    Seorang pemain Myanmar yang perlu diberi perhatian oleh pemain negara ialah Win Naing Tun. Win setakat ini berjaya menjaringkan 6 gol termasuk gol kemenangan ketika Myanmar menewaskan Thailand di perlawanan separuh akhir. Kelibat beliau di bahagian serangan sudah pasti bakal menghadirkan ancaman kepada barisan pertahanan muda negara.

    Apa yang penting, pemain muda negara perlu memberikan sepenuh perhatian dan fokus mereka untuk mengharungi cabaran dalam perlawanan malam ini. Lupakan insiden balingan botol daripada penyokong tuan rumah yang berlaku ketika perlawanan separuh akhir lalu. Apa yang diperlukan ialah fokus dan tumpuan yang maksimum agar para pemain dapat mempersembahkan corak pemainan yang mantap.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan bawah 19 tahun negara bimbingan Bojan Hodak menentang pasukan Myanmar bawah 19 tahun pada perlawanan akhir kejohanan Piala AFF Bawah 19 Tahun malam ini?

    Mampukah Harimau Muda merangkul kejuaraan pertama sekaligus menamatkan kemarau jaringan dalam temasya kali ini?

    Baca Juga: FAM Harus Kemukakan Bantahan!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.