• Johor Darul Ta’zim tidak rela majlis keraian mereka dicemari dengan kekalahan apabila mereka bakal menentang pasukan Kelantan di laman sendiri malam ini. Setelah tamat perlawanan menentang Kelantan, JDT akan menjulang trofi Liga Super musim ini dihadapan ribuan penyokong mereka.

    Bagi memastikan Kelantan tidak merosakkan parti mereka, ketua jurulatih JDT, Raul Longhi sudah pasti akan menurunkan kesebelasan utama terkuat beliau bagi meraih kemenangan malam ini. Pemain utama seperti dua Fernando, Natxo Insa, Fadhli Shas dan Safawi Rasid sudah pasti akan diturunkan.

    Kelibat ketua pasukan sebelum ini, Safiq Rahim sudah pasti akan dicari-cari oleh peminat kerana sudah lama pemain berpengalaman ini tidak beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

    Bagi pasukan Kelantan pula, mereka berdepan misi sukar dalam usaha untuk mengekalkan status Liga Super mereka pada musim hadapan. Pasukan bimbingan Yusri Che Lah ini wajib menang untuk sekurang-kurangnya berpeluang kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

    Jika berjaya mengutip tiga mata penuh malam ini, maka jarak mata Kelantan dengan pasukan Selangor dan Kuala Lumpur hanya dibezakan 3 mata. Akan tetapi, apabila tewas, maka pasukan Kelantan sudah satu langkah berada di saingan Liga Perdana musim hadapan.

    Apa yang pasti, JDT tidak akan memberi laluan mudah kepada Kelantan untuk mengutip mata malam ini kerana mereka sudah pasti mahu majlis mengangkat trofi malam ini berjalan dengan sempurna dan tidak dicemari dengan gangguan seperti kekalahan kepada pasukan lawan.

    Jadi, penting untuk para pemain Kelantan memberikan segala yang mereka ada bagi menggoncangkan kubu pertahanan JDT dan mencatat tiga mata penuh malam ini. Tidak ada jalan lain bagi mereka selain mencatat kemenangan malam ini.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Kelantan di Larkin malam ini ? Mampukah Kelantan mencipta kejutan dengan menewaskan juara 2018 ini ?

    Atau JDT bakal mencatat kemenangan sekaligus majlis mengangkat trofi malam ini berjalan dengan lancar dan penuh gemilang ?

    Baca Juga: 5 Kejuaraan Liga Super Berturut-Turut

    Leave a comment

    Your email address will not be published.