• Juara Liga Super musim 2018, Johor Darul Ta’zim akan menerima kunjungan pasukan Kuala Lumpur di Larkin malam ini dimana mereka dalam misi untuk membalas dendam diatas kekalahan kepada The City Boys di Cheras pada permulaan musim ini.

    Ketika saingan Liga Super memasuki perlawanan minggu ketiga, JDT bertandang ke Cheras bagi meneruskan rentak kemenangan setelah berjaya menewaskan pasukan Kedah dan PKNP FC pada dua perlawanan sebelumnya.

    Namun, jaringan tunggal Paulo Josue sudah cukup untuk memberikan JDT kekalahan pertama musim ini. Perlawanan tersebut terpaksa ditunda dan disambung keesokan harinya kerana hujan lebat yang turun. Walaupun begitu, Kuala Lumpur teguh bertahan dan mengekalkan kelebihan yang dimiliki.

    Kami menjangkakan JDT akan menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka kerana selain dalam misi membalas dendam, ketua jurulatih, Raul Longhi juga mahukan JDT menamatkan saingan Liga Super musim 2018 dengan kemenangan.

    Bagi Kuala Lumpur pula, mereka telah mengesahkan status mereka dalam saingan Liga Super musim hadapan. Jadi, sasaran yang boleh dipertimbangkan ialah menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga kelapan.

    Pasukan bimbingan Fabio Maciel ini hanya dibezakan dengan jumlah jaringan di belakang pasukan Selangor yang ketika ini menduduki tangga kelapan. Tiga mata malam jni akan menolak Selangor ke tangga kesembilan dan mereka akan menggantikan Selangor.

    Apa yang pasti, JDT tidak akan memberikan laluan mudah kepada satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan mereka dalam saingan Liga Super musim 2018 pada perlawanan malam ini.

    Ini kerana mereka tidak mahu kesilapan lampau berulang kembali dan perlawanan terakhir Liga di hadapan penyokong sendiri berakhir dengan kekalahan.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan Kuala Lumpur di Larkin malam ini? Mampukah anak-anak buah Raul Longhi membalas dendam di atas kekalahan pada awal musim ini?

    Atau Tje City Boys bakal menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan JDT sebanyak dua kali dalam saingan Liga Super musim 2018?

    Baca Juga: Siapa Yang Bayar Mahal

    Leave a comment

    Your email address will not be published.