• Johor Darul Ta’zim berpeluang untuk muncul juara Liga Super lebih awal jika mereka berjaya menewaskan pasukan Perak di Stadium Perak pada esok. JDT kini berada 13 mata di hadapan pasukan bimbingan Mehmet Durakovic itu.

    Kejayaan JDT mengekalkan rentak kemenangan dikala pasukan lain kecciciran mata telah membantu mereka dalam menjarakkan lagi kedudukan dengan pasukan di bawah. Tatkala Perak dan Pahang seri ataupun tewas, JDT dengan tenang mengutip tiga mata penuh.

    Pada perlawanan esok, kemenangan akan mengesahkan kejuaraan kelima Liga Super sejak rebaranding mereka pada 2013. Pencapaian ini akan menjadikan Johor Darul Ta’zim sebagai pasukan pertama yang berjaya memenangi lima kejuaraan Liga Super berturut-turut.

    Selain mencatat sejarah, JDT juga akan menempah satu slot automatik bagi beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan. Satu pentas yang sudah lama diimpikan oleh pasukan dari selatan tanah air ini setelah sebelumnya mereka sering terkandas di peringkat kumpulan.

    Untuk memastikan mereka mengutip tiga mata penuh esok, Raul Longhi sudah pasti akan menurunkan kesebelasan terkuat dan juga terbaik beliau bagi menggempur benteng pertahanan pasukan Perak. Dua Fernando iaitu Elizari dan Marquez akan menjadi harapan utama untuk mencari gol.

    Selain dua Fernando, Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera juga bakal memainkan peranan besar dalam misi mencari jaringan buat JDT. Mereka akan mengeluarkan segala yang ada untuk memastikan tiga mata dibawa pulang ke Larkin.

    Apa yang panting, JDT tidak boleh mengambil muda cabaran daripada pasukan Perak pada perlawanan esok. Jika Perak berjaya meraih kemenangan, maka JDT perlu menunda majlis kesyukuran mereka dan perkara tersebut boleh memakan diri bagi mereka.

    Apa pendapat anda mengenai peluang Johor Darul Ta’zim untuk bergelar juara Liga Super dengan lebih awal pada esok ? Mampukah mereka menewaskan Perak sekaligus meraih kejuaraan kelima Liga Super ?

    Atau Perak bakal melakukan kejutan dengan menewaskan anak-anak buah Raul Longhi dan menunda pesta pemain Johor Darul Ta’zim ?

    Baca Juga: Slot Ke Asia Masih Lagi Terbuka

    Leave a comment

    Your email address will not be published.