• Setelah tersingkirnya pasukan Negeri Sembilan ke saingan Liga Perdana musim hadapan, kini tinggal satu lagi pasukan yang akan mengikuti jejak pasukan bimbingan Mario Lemos itu. Adakah Kelantan bakal tersingkir ke kancah Liga Perdana musim hadapan disamping pasukan Negeri Sembilan ?

    Pasukan bimbingan Yusri Che Lah akan menentang pasukan Terengganu FC di stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. Seandainya Kelantan seri ataupun kalah, mereka bakal menjadi pasukan kedua yang akan beraksi di saingan Liga Perdana musim hadapan.

    Akan tetapi, jika mereka berjaya menewaskan Terengganu, maka peluang pasukan Kelantan untuk kekal masih lagi terbuka. Namun, kemenangan tersebut haruslah dengan jumlah jaringan yang cukup besar kerana perbezaan jaringan antara pasukan Selangor dan Kelantan ketika ini jauh berbeza.

    Bagi pasukan Terengganu FC pula, kemenangan akan membawa mereka ke kedudukan keempat dan berkongsi mata dengan pasukan Pahang dengan perolehan 34 mata. Memandangkan Perak gagal untuk meraih kemenangan ketika menentang Kedah semalam, peluang Terengganu FC untuk beraksi di peringkat Asia masih lagi terbuka.

    Namun, jika pasukan bimbingan Irfan bakti ini tewas ataupun sekadar mencatat keputusan seri, maka mereka boleh merupakan hasrat untuk beraksi di peringkat Asia dan terpaksa berpuas hati dengan menamatkan saingan di kelompok pertengahan Liga.

    Apa yang pasti, kedua-dua pasukan mahu mengutip tiga mata penuh malam ini bagi menghidupkan peluang untuk kekal dalam saingan Liga Super dan merebut slot untuk beraksi di peringkat Asia musim hadapan.

    Walaupun tekanan akan lebih dirasai oleh pemain Kelantan, akan tetapi jika mereka menumpukan sepenuh perhatian dan juga tidak menyerah kalah, tiada apa yang mustahil bagi mereka.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Terengganu FC yang akan menentang Kelantan malam ini ? Adakah Kelantan bakal mengikuti jejak pasukan Negeri Sembilan dengan tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan ?

    Dan mampukah Terengganu FC mencatat kemenangan sekaligus menghidupkan peluang untuk beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan ?

    Baca Juga: Negeri Sembilan Tersingkir, Usag Meratap Penyokong Jang!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.