• Dua pemain Pahang, Nor Azam Azih dan Matthew Davies sehingga saat ini belum melaporkan diri untuk menyertai latihan pasukan bawah 23 tahun negara. Kedua-dua pemain diberi tempoh masa sehingga jam 5:00 petang ini dan jika gagal untuk berbuat demikian, maka keduanya akan dianggap tidak berminat. Dan jika perkara tersebut berlaku, adakah ketiadaan Azam dan Davies bakal beri kesan kepada skuad bawah 23 tahun negara ?

    Kedua-dua pemain ini sememangnya menjadi nadi utama pasukan bawah 23 tahun negara dalam dua tahun terakhir. Azam dan Matthew beraksi dengan cemerlang ketika pasukan negara meraih pingat perak Sukan SEA 2017 dan mara sehingga ke peringkat suku akhir temasya AFC Bawah 23 Tahun di China pada awal tahun ini.

    Kami berpendapat ketiadaan dua pemain ini sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada pasukan bawah 23 tahun negara. Jentera tengah bakal kehilangan pemain yang mempunyai kawalan bola serta kualiti hantaran yang sangat baik.

    Di bahagian pertahanan pula, pasukan negara bakal kehilangan pemain yang mampu membantu ketika pasukan melakukan transisi serangan dan juga bertahan.

    Sebelum ini, seramai 25 pemain daripada senarai awal iaitu 28 telah berjaya melaporkan diri dan mula menyertai latihan pusat di Wisma FAM. Penyerang JDT II, Hadi Fayyadh akan melaporkan diri hari ini manakala Azam dan juga Matthew masih lagi belum diketahui sama ada akan melaporkan diri ataupun tidak.

    Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee enggan untuk mengulas ketiadaan dua pemain ini dan mahu memberi tumpuan untuk mempersiapkan pasukannya dengan pemain yang sedia ada.

    Tambah Datuk Ong lagi, beliau mempunyai pemain seperti Daniel Amier Norhisham, Baddrol Bakhtiar dan Nik Akif Syahiran Nik Mat yang boleh diketengahkan jika Nor Azam Azih tidak melapor diri menjelang pukul 5 petang ini.

    Apa pendapat anda mengenai dua pemain iaitu Nor Azam Azih dan Matthew Davies yang belum melapor diri bagi menyertai latihan pusat pasukan bawah 23 tahun negara ? Adakah ketiadaan mereka bakal beri kesan kepada perancangan pasukan Malaysia ?

    Baca Juga: FAM Tidak Boleh Bertoleransi Lagi

    Leave a comment

    Your email address will not be published.