• Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sebelum ini tercicir daripada undian awal acara bola sepak Sukan Asia 2018 telah diletakkan dalam kumpulan E ketika undian semula diadakan semalam. Dengan penambahan pasukan UAE ini, mampukah skuad bawah 23 tahun negara melepasi peringkat kumpulan ?

    Sebelum ini, peluang anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke peringkat seterusnya dilihat cerah apabila skuad bawah 23 tahun negara mampu untuk mencatat keputusan positif dalam perlawanan menentang Kyrgyztan dan juga Bahrain.

    Akan tetapi, dengan kehadiran UAE, skuad bawah 23 tahun perlu bekerja lebih keras jika mereka mahu melepaskan diri daripada peringkat kumpulan. Perkara ini sudah tentu bakal memberikan tekanan tambahan kepada anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.

    Undian semula itu dilakukan susulan bantahan daripada UAE yang dilaporkan tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tercicir dalam undian awal bersama dengan Palestin akibat masalah teknikal.

    Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata keputusan undian semula yang hanya melibatkan dua negara itu adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC).

    Datuk Windsor juga menjelaskan sebab utama undian semula tersebut hanya melibatkan dua pasukan hanya OCA dan INASGOC sahaja yang boleh menjawab persoalan tersebut. AFC hanya membantu dalam mengendalikan perkara-perkara teknikal dan mereka dimaklumkan oleh OCA dan INASGOC untuk membuat pengundian terhad iaitu hanya melibatkan dua pasukan sahaja. Katanya ketika dihubungi mStar.

    Tidak dinafikan dengan kehadiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menyukarkan lagi usaha pasukan bawah 23 tahun negara untuk mara ke peringkat seterusnya. Mana tidaknya, pasukan negara bakal beraksi sebanyak empat perlawanan dan faktor kecergasan para pemain sudah pasti akan menjadi masalah utama yang terpaksa dihadapi oleh OKS.

    Akan tetapi, jika anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee memberikan sepenuh perhatian dan menunjukkan semangat tidak mengenal kalah dalam setiap perlawanan, tidak ada perkara yang tidak mungkin di bumi Indonesia kelak.

    Baca Juga: “Saya Respect Fabio!” Azraai Khor Abdullah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.