• Pasukan Kedah akan menerima kunjungan juara Liga iaitu Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan yang boleh dikategorikan sebagai peluang Kedah untuk merampas kedudukan kedua daripada pasukan Perak dan mengisi slot untuk ke Asia. Mampukah Kedah menewaskan JDT malam ini?

    Kedah dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan Melaka United pada perlawanan terakhir Liga. Anak-anak buah Nidzam Adha tampil lesu saat dibelasah pasukan Melaka dengan keputusan 4-1. Kekalahan tersebut nyata membangkitkan kemarahan penyokong setia Kedah.

    Bukan saja membangkitkan amarah penyokong, malah Kedah juga gagal untuk merebut kedudukan kedua daripada pasukan Perak setelah pasukan bimbingan Mehmet Durakovic itu juga tewas.

    Menuju ke perlawanan malam ini, Kedah sekali lagi turun tanpa pemain tengah, Liridon Krasniqi kerana pemain Kosovo ini mengalami kecederaan. Ketiadaan Liridon nyata memberi cabaran kepada pasukan untuk mengekalkan corak permainan apatah lagi dengan barisan pertahanan yang sedikit rapuh.

    Bagi pasukan lawan pula, mereka telah berjaya muncul sebagai juara Liga Super musim ini. Jadi, penulis berpendapat Raul Longhi bakal memberikan peluang kepada pemain yang jarang tampil dalam kesebelasan utama untuk memulakan perlawanan.

    Dengan kejuaraan Liga yang sudah disahkan, baki people Liga boleh digunakan sebagai medan pemanas badan bagi JDT untuk memgharungi cabaran dalam saingan Piala Malaysia. Sudah pasti mereka mahu mengekalkan piala yang telah dimenangi tahun lalu dengan menewaskan Kedah di perlawanan akhir.

    Apa yang penting, Kedah harus menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi memastikan mereka beraksi di peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan. Anak-anak buah Nidzam Adha tidak boleh beraksi sambil lewa lagi jika mereka mahu merebut slot tersebut.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Kedah menentang pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Aman malam ini? Mampukah Kedah mencatat kemenangan sekaligus merampas kedudukan kedua daripada pasukan Perak?

    Atau Johor Darul Ta’zim akan meneruskan rentak kemenangan mereka sekaligus melebarkan lagi jarak mata dengan pasukan yang lain?

    Baca Juga: Bolehkah Kita Tangguh Liga Malaysia 2019?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.