• Selangor bakal menghadapi pasukan PKNP FC malam ini di Stadium Perak dalam misi untuk mengakhiri prestasi hambar mereka dalam 5 perlawanan terakhir. Selangor gagal untuk mencatat sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir apabila mereka tewas empat kali dan hanya seri sekali sahaja.

    Anak-anak buah Nazliazmi Nasir bagaikan hilang punca terutamanya setelah mereka tewas kepada Pahang dalam perlawanan akhir Piala FA 2018. Pemain Selangor dilihat mudah hilang fokus terutamanya pada minit-minit terakhir perlawanan dan menyebabkan pasukan kehilangan tiga mata.

    Kehilangan tiga mata inilah yang menyebabkan mereka cemas seketika dan terpaksa bergantung kepada pasukan lain untuk memastikan status Liga Super mereka bagi musim hadapan terjamin.

    Bagi pasukan PKNP FC pula, prestasi mereka nyata jauh lebih baik berbanding lawan mereka malam ini meskipun musim ini ialah musim pertama mereka dalam saingan Liga Super. Kombinasi pemain muda dan juga pemain import yang berkesan menjadi faktor utama mengapa PKNP boleh mengekalkan status Liga Super mereka bagi musim hadapan.

    Meskipun PKNP kehilangan ketua pasukan, Shahrel Fikri yang berhijrah ke Liga Thailand, namun mereka masih lagi mampu untuk bertahan dengan ketiadaan Shahrel.

    Jika Selangor berjaya meraih kemenanan sekaligus mengakhiri rentetan kekalahan dalam lima perlawanan malam ini, maka mereka akan merampas kedudukan kesembilan daripada genggaman PKNP FC dan berada satu mata dibelakang pasukan Kuala Lumpur yang menghuni tangga kelapan.

    Kedudukan tangga kelapan merupakan kedudukan tertinggi yang boleh dicapai oleh pasukan Selangor bagi menamatkan saingan Liga Super musim 2018. Apa yang penting, pemain Selangor tidak boleh hilang fokus pada minit-minit terakhir perlawanan jika mereka mahu meraih tiga mata penuh malam ini.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan PKNP FC yang akan melayan kunjungan pasukan Selangor di Stadium Perak malam ini ? Mampukah mereka mengakhiri rentetan kekalahan sekaligus meraih kemenangan pertama dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super ?

    Atau anak-anak buah Abu Bakar Fadzim akan menambah lagi duka pasukan Selangor ?

    Baca Juga: Penggabungan Satu Idea Yang Bijak ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.