• Usaha kumpulan penyokong pasukan Selangor, Ultrasel yang meminta penjelasan daripada pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) berkenaan pertukaran jadual membuahkan hasil apabila pihak MFL bakal bertemu dengan kumpulan penyokong tersebut.

    Setelah mendapat perhatian daripada pengelola Liga tersebut, Ultrasel kini tampil dengan penjelasan tentang mengapa mereka merentangkan kain rentang yang bertuliskan MFL = Circus ? ketika perlawanan menentang Kuala Lumpur di Cheras pada Sabtu.

    Menurut mereka, sebelum ini Ultras Selangor telah bertanyakan mengenai “Prosedur Penundaan Jadual Perlawanan” ekoran penundaan perlawanan yang semakin kerap terjadi kepada MFL dengan menggunakan saluran yang betul. Namun, pertanyaan mereka tidak mendapat sebarang jawapan.

    Ultras Selangor mahu mengenak pasti pihak atau individu mana yang terlibat dalam membuat keputusan penundaan jadual sama ada pihak MFL, FAM pihak berkuasa ataupun FA Selangor sendiri.

    Menurut Ultras Selangor lagi, sudah menjadi visi mereka untuk mendidik penyokong supaya melahirkan satu komuniti bola sepak yang berilmu selaras dengan slogan yang menjadi kebanggaan mereka iaitu “Mentaliti Juara”.

    Selain itu, Ultras Selangor juga menjelaskan impak perubahan jadual serta kuasa penyokong bagi menghidupkan sesebuah liga bola sepak. Menurut mereka, penyokong yang paling dirugikan kerana terpaksa menukar semula jadual perjalanan yang mereka telah rangka seawal jadual dikeluarkan.

    Selain jadual perjalanan, faktor kewangan dan pergerakan penyokong ke stadium juga akan menjadi beban sekiranya ada perubahan jadual perlawanan.

    Seterusnya, Ultras Selangor menegaskan bahawa pemegang saham terbesar dalam sesebuah Liga adalah PENYOKONG. Tanpa penyokong yang hadir ke stadium, ia sebuah liga bolasepak yang gagal.

    Tidak dinafikan MFL telah bekerja keras dengan mencari pelabur dan juga membuat promosi bagi memastikan kemeriahan Liga Tempatan dapat dipertingkatkan. Namun, MFL juga perlu mengambil kira pandangan para penyokong dalam membuat keputusan seperti mahu merubah jadual perlawanan.

    Anda boleh ikuti thread mereka di media sosial Twitter.

    Apa yang pasti, peminat bola sepak Malaysia harus menunggu hasil daripada perjumpaan antara pihak MFL dengan Ultrasel bagi mengetahui pihak manakah yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan untuk merubah jadual perlawanan.

    Sebelum pertemuan ini diadakan, masih banyak persoalan yang berlegar minda peminat bola sepak negara. Liga kita wajah kita.

    Baca Juga: Selangor Bakal Dikenakan Tindakan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.