• Pasukan Selangor berjaya melangkah ke perlawanan akhir kelapan mereka dalam sejarah Piala FA apabila menyingkirkan pasukan PKNS FC dalam perlawanan peringkat separuh akhir. Menurut pengurus pasukan, Datuk Abdul Rauf Ahmad, slogan Mentaliti Juara yang dilancarkan oleh kumpulan penyokong Selangor, Ultrasel menjadi inspirasi kepada para pemain.

    Dalam perlawanan semalam, Nazliazmi Nasir menurunkan barisan kesebelasan utama yang sama sepertimana ketika mennang 4-0 dalam perlawanan pertama di Cheras. Meskipun sudah mempunyai kelebihan empat gol, namun Selangor masih lagi bernafsu untuk melancarkan serangan ke kubu PKNS FC.

    Usaha mereka membuahkan hasil apabila Rufino Segovia berjaya memanfaatkan kesilapan Daniel Ting bagi meletakkan Selangor di hadapan. Para pemain Selangor masih lagi meneruskan asakan sehingga membuatkan benteng pertahanan PKNS terpaksa bekerja keras.

    Pada minit-minit akhir perlawanan, kesilapan K.Kannan yang menanduk bola ke arah penjaga gol, Khairul Azhan berjaya dimanfaatkan oleh pemain PKNS bagi menjaringkan gol sagu hati pasukan.

    Bagi pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal pula, merela turun dengan corak permainan yang agresif sejak dari minit pertama perlawanan. Pemain PKNS dilihat sering melakukan terjahan keras ke atas pemain Selangor sehingga menyebabkan ketegangan berlaku diantara pemain kedua-dua pasukan.

    Akan tetapi, pujian harus diberikan kepada semangat juang pemain PKNS kerana walaupun ketinggalan empat gol dalam perlawanan separuh akhir kedua, mereka masih lagi memberikan saingan kepada pasukan Selangor.

    Slogan Mentaliti Juara berjaya memberi inspirasi buat pasukan Selangor untuk mara ke perlawanan akhir kelapan mereka dalam sejarah Piala FA. Sokongan padu peminat yang hadir ke Stadium Shah Alam semalam nyata menjadi sumber kekuatan anak-anak buah Nazliazmi Nasir.

    Lawan Selangor pada perlawanan akhir akan ditentukan hari ini sama ada mereka akan menentang pasukan Pahang ataupun PKNP FC.

    Apa pendapat anda mengenai kejayaan pasukan Selangor mara ke perlawanan akhir Piala FA 2018? Mampukah mereka meraih kejuaraan keenam dan menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala FA?

    Baca Juga: Selangor Bakal Kembali Ke Stadium Shah Alam?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.