• Nasib Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super musim ini terletak di tangan sendiri apabila bakal berdepan dengan pasukan Kuala Lumpur di Stadium KLFA malam ini. Hanya kemenangan yang akan menghidupkan peluang untuk mereka kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

    Kemenangan ke atas pasukan Selangor pada perlawanan terakhir Liga nyata memmberikan nyawa tambahan buat pasukan negeri Sembilan dalam usaha mereka untuk keluar dari zon penyingkiran. Kini, jarak mata mereka dengan pasukan Selangor dan Kuala Lumpur dibezakan enam mata. Akan tetapi, jika Negeri Sembilan berjaya memenangi baki dua perlawanan sementara Kuala Lumpur tewas, maka mereka akan kekal kerana perbezaan gol yang memihak kepada mereka.

    Namun, jika anak-anak buah Mario Lemos gagal untuk mencatat tiga mata penuh malam ini, maka mereka akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan.

    Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, satu mata sudah cukup untuk mengekalkan status Liga Super mereka bagi saingan musim hadapan. Beraksi di laman sendiri dimana mereka tampil lebih garang musim ini, sudah tentu The City Boys tidak mahu memberikan laluan yang mudah kepada pasukan lawan dan akan memberikan asakan yang hebat ke arah kubu pertahanan mereka.

    Apa yang pasti, tekanan sudah pasti lebih dirasai oleh pemain Negeri Sembilan kerana mereka perlu memberikan segala yang mereka ada dan tidak boleh membuat kesilapan mudah dengan membenarkan pasukan lawan mengasak mereka pada perlawanan malam ini. Nasib Negeri Sembilan dalam saingan Liga terletak di tangan sendiri dan mereka wajib untuk mencatat kemenangan besar. Tiada jalan lain bagi mereka.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Kuala Lumpuir di Stadium KLFA malam ini ? Mampukah Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan sekaligus mencerahkan lagi peluang mereka untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan ?

    Atau The City Boys bakal menghumban mereka kembali beraksi di saingan Liga Perdana musim hadapan ?

    Baca Juga: Hanya Keajaiban Yang Boleh Menyelamatkan Mereka!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.