• Pasukan Negeri Sembilan semakin hampir untuk tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan setelah tewas di tangan pasukan PKNP FC dengan keputusan 2-1 semalam.

    Pasukan bimbingan Mario Lemos turun dengan misi untuk mengutip tiga mata penuh bagi mencerahkan semula peluang untuk keluar dari zon penyingkiran dan mengekalkan status Liga Super musim hadapan.

    Namun, Negeri Sembilan mempamerkan corak permainan yaang longlai dan seperti tiada pedoman. Pada separuh masa pertama, oemain Negeri Sembilan dilihat masih lagi mampu untuk memberikan saingan. Namun, segalanya berubah pada separuh masa kedua.

    PKNP berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain yang menggantikan Shahrel Fikri Fauzi sebagai ketua pasukan iaitu Hafizh Ramdan. Tersentak dengan jaringan Hafizh, Negeri Sembilan cuba untuk memberi asakan dan usaha mereka berbaloi apabila Nicolas Velez menyamakan kedudukan.

    Namun, kehilangan fokus pada minit-minit terakhir membawa padah buat Negeri Sembilan apabila Kim Sang-woo menjaringkan gol kemenangan bagi PKNP sekaligus membuatkan Negeri Sembilan tewas dalam lima perlawanan berturut-turut.

    Kekalahan semalam membuatkan Negeri Sembilan semakin tertekan dan mereka kekal menghuni tangga tercorot Liga Super dibelakang dengan pasukan Kuala Lumpur dan Selangor yang menghuni zon selamat. Mereka semakin hampir untuk tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan. Jika gagal untuk mencatat kemenangan pada baki tiga perlawanan Liga yang seterusnya, maka mereka akan beraksi di pentas Liga Perdana setelah hanya semusim bermain di pentas Liga Super.

    Pada 18 Julai ini, Negeri Sembilan akan menentang pasukan Selangor di laman sendiri. Anak-anak buah Mario Lemos wajib untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan ini dan sekiranya mereka gagal untuk berbuat demikian, maka peluang mereka untuk kekal dalam saingan Liga Super akan semakin tertutup.

    Apa pendapat anda mengenai kekalahan pasukan Negeri Sembilan di tangan pasukan PKNP FC dalam perlawanan Liga Super 2018 semalam? Mampukah mereka mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya bagi mengelak terjatuh ke saingan Liga Perdana musim hadapan?

    Baca Juga: Misi Hidup Dan Mati Dua Pasukan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.