• Dua pasukan Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur akan berentap di Stadium KLFA malam ini dimana pemenang akan berpeluang cerah untuk mengekalkan status dalam saingan Liga Super musim hadapan. Ketika ini, kedua-dua pasukan berada hampir dengan zon penyingkiran dengan perbezaan lima mata.

    Pada perlawanan terakhir Liga, kedua-dua pasukan mengalami kekalahan dimana Kuala Lumpur tewas kepada Terengganu FC manakala Selangor pula dikejutkan pasukan Kelantan. Sudah pasti kedua-dua pasukan mahu mengutip tiga mata penuh malam ini dan kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim hadapan.

    Selangor dan Kuala Lumpru bertemu sebanyak tiga kali musim ini dimana Selangor berjaya memenangi dua daripadanya dan satu lagi perlawanan terpaksa diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti setelah Kuala Lumpur mendahulu dengan 3-0 ketika perlawanan suku akhir Piala FA 2018.

    Bagi memastikan Selangor melengkapkan double ke atas The City Boys dalam saingan Liga musim ini, naib juara Piala FA ini akan mengharapkan gandingan Rufino Segovia dan Amri Yahyah untuk mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kuala Lumpur sekaligus menjaringkan gol. Musim ini, gandingan Ami dan Rufino sememangnya banyak memainkan peranan yang besar bagi pasukan Selangor.

    Untuk pasukan bimbingan Fabio Maciel pula, mereka akan turun sebagai pasukan pelawat malam ini dan gandingan Guilherme De Paula bersama Paulo Josue akan menjadi senajat utama untuk merobek gawang Selangor. Sama seperti Amri dan Rufino, Guilherme dan Josue menjadi pemain penting bagi Kuala Lumpur musim ini.

    Apa yang penting, hanya kemenangan akan memastikan kedua-dua pasukan kekal bermain di pentas Liga Super musim hadapan. Mana-mana pasukan yang tewas malam ini berkemungkinan besar bakal terjatuh ke saingan Liga Perdana kerana ketika ini pasukan Kelantan sedang membuat kebangkitan. Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, kedua-dua pasukan ini perlu meraih kemenangan.

    Apa pendapat anda mengenai pertembungan dua pasukan Lembah Klang dalam perlawanan Liga Super malam ini ? Pasukan manakah yang akan mencatat kemenangan sekaligus menjadi kuasa mutlak di Lembah Klang ?

    Baca Juga: Negeri Sembilan Semakin Hampir Ke Liga Perdana

    Leave a comment

    Your email address will not be published.