• PKNP FC mempunyai peluang untuk mencipta sejarah dengan menjadi pasukan keempat berstatus kelab selepas Sime Darby FC, PKNS FC dan Johor Darul Ta’zim yang melangkah ke perlawanan akhir Piala FA apabila mereka bakal turun menentang pasukan Pahang malam ini.

    PKNP mempunyai kelebihan menuju ke perlawanan malam ini apabila mereka berjaya memperoleh satu gol di tempat lawan pada perlawanan pertama. Sudah pasti mereka bakal menghadapi cabaran getir daripada pemain-pemain Pahang yang mahu memadam kelebihan yang dimiliki oleh anak-anak buah Abu Bakar Fadzim tersebut.

    Untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA pertama dalam sejarah kelab, PKNP hanya perlu bertahan dan memastikan mereka tidak dibolosi pada perlawanan malam ini. Akan tetapi, mereka perlu berwaspada ketika bertahan kerana pasukan Pahang akan menggunakan segala cara untuk mereka mendapatkan jaringan.

    Ketika perlawanan separuh akhir pertama, Pahang kehilangan ramai pemain penting terutamanya Nor Azam Azih dan Safuwan Baharuddin. Jadi, dengan kembalinya kedua-dua pemain ini ditambah dengan pemain sedia ada seperti Mohamadou Sumareh, pasukan Pahang akan lebih berbahaya berbanding perlawanan pertama.

    Walau apa pun,, kita bakal disajikan dengan perlawanan menarik malam ini kerana kedua-dua pasukan mmempunyai misi tersendiri dan mahu melangkah ke perlawanan akhir edisi kali ini. Bagi PKNP, jika mereka berjaya berbuat demikian, maka mereka akan menjadi pasukan keempat pasukan berstatus kelab dan menjadi pasukan perbadanan kedua yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

    Bagi pasukan Pahang pula, mereka mahu melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut. Setelah tewas di tangan Kedah pada perlawanan akhir tahun lalu, mereka mahu kembali ke pentas final dan merampastrofi Piala FA edisi kali ini.

    Apa pendapat anda mengenai peluang PKNP FC untuk mencipta sejarah pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Pahang malamm ini ? Mampukah mereka mempertahankan kelebihan yang dimiliki sekaligus mara ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah kelab ?

    Baca Juga: Tugas Berat PKNP FC Tanpa Kelibat Shahrel Fikri Fauzi

    Leave a comment

    Your email address will not be published.