• Terengganu FC mempunyai peluang cerah untuk beraksi di peringkat Asia musim hadapan jika mereka berjaya mengutip tiga mata penuh ketika bertandang ke stadium Darul Aman untuk menentang pasukan Kedah malam ini.

    Pasukan bimbingan Irfan Bakti ini mahu bangkit setelah mereka dibelasah PKNS FC dengan keputusan 4-0 di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu. Persembahan longlai para pemain jelas mengundang kemarahan Irfan Bakti dan ketua jurulatih berpengalaman ini mahu melakukan rombakan dalam kesebelasan utama beliau.

    Bagi memastiikan tiga mata penuh dibawa pulang malam ini, penulis berpendapat Irfan bakal melakukan rombakan di bahagian pertahanan beliau setelah dibolosi empat gol pada Sabtu. Wan Azraei dijangka akan kembali diturunkan manakala Wan Ahmad Amirzafran bakal mengisi pertahanan tengah.

    Pasukan tuan rumah, Kedah juga tidak mahu kecewa lagi setelah tewas di tangan Johor Darul Ta’zim minggu lalu. Akan tetapi, persiapan pasukan menuju ke perlawanan malam ini sedikit terjejas dengan isu kecederaan dan juga penggantungan pemain.

    Andik Vermansah dan Liridon Krasniqi tidak dapat diturunkan kerana keduanya mengalami kecederaan. Manakala Alvaro Silva dan Paulo Rangel pula tidak dapat diturunkan kerana penggantungan perlawanan.

    Dengan ini, Kedah hanya mempunyai seorang pemain import yang boleh diturunkan iaitu Sandro Da Silva. Keadaan ini memaksa Nidzam Adha untuk bergantung sepenuhnya terhadap pemain tempatan mereka bagi memberi asakan terhadap kubu pertahanan Terengganu FC.

    Apa yang kedua-dua pasukan bakal turun dengan corak permainan terbaik mereka bagi mencatat kemenangan malam ini. Terengganu FC dan Kedah masih lagi mempunyai peluang yang cerah untuk beraksi di peringkat Asia musim hadapan.

    Mereka hanya dibezakan dua mata di belakang pasukan Perak yang ketika ini menghuni tangga kedua dalam carta Liga.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Terengganu FC menetang pasukan Kedah di Darul Aman malam ini ? Pasukan manakah yang akan mengutip tiga mata penuh sekaligus melonjak ke tangga kedua dalam carta Liga Super ?

    Baca Juga: Tiada Siapa Yang Mahukan Tempat Kedua Ke ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.