• Isu pemain naturalisasi kini sedang hangat diperbincangkan dikalangan penggemar bola sepak dalam negara. Menteri Belia dan Sukan, Syee Saddiq Syee Abdul Rahman turut mengulas tentang perkara ini. Menurut YB Bro, pengambilan pemain naturalisasi bukanlah pendekatan terbaik bagi meningkatkan tahap dan juga memberi impak kepada prestasi bola sepak negara.

    Tambah Syed Saddiq, fokus seharusnya diberikan kepada pembangunan di peringkat akar umbi kerana pembangunan di peringkat awal adalah asas kepada sesebuah sukan dan melalui cara itu, lebih banyak pemain dapat dilahirkan pada masa akan datang.

    Kami berpendapat, Syed Saddiq perlu memahami objektif utama pengambilan pemain naturalisasi ini. Salah satu tujuan utama ialah memberikan impak yang segera terhadap prestasi dan juga mutu pasukan kebangsaan yang ketika ini berada pada tahap yang kurang memuaskan.

    Kami faham dengan pendapat yang diberikan oleh Syed Saddiq dimana beliau mahukan pembangunan di peringkat akar umbi diberi perhatian yang khusus. Kita mempunyai National Football Development Program (NFDP) yang memfokuskan ke arah pembangunan di peringkat akar umbi.

    Jadi, Syed Saddiq tidak perlu risau tentang pembangunan pemain di peringkat awal. Apa yang perlu dilakukan oleh YB Bro ialah pelan tentang kemana hala tuju NFDP ini san juga apa perancangan yang boleh dilakukan agar NFDP ini bertambah baik pada masa akan datang.

    Apa yang pasti, pemain naturalisasi ini dilihat sebagai langkah yang tepat untuk meningkatkan prestasi dan juga mutu pasukan negara pada jangka masa yang singkat. Pemain seperti Mohamadou Sumareh boleh diberikan peluang untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan dan beliau boleh dinilai sama ada layak ataupun tidak.

    Apa pendapat anda mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menolak penggunaan pemain naturalisasi bagi mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa? Adakah anda bersetuju dengan pendapat YB Bro ini?

    Atau sememangnya pasukan kebangsaan sangat perlukan khidmat pemain naturalisasi untuk meningkatkan tahap dan juga prestasi pasukan negara dalam jangka masa singkat?

    Baca Juga: Berapa Ramai Pemain Yang Kita Perlukan?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.