• Pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar menjadi pemain pertama yang mengisi kuota pemain lebih umur bagi mewakili pasukan bawah 23 tahun negara dalam temasya Sukan Asia di Indonesia yang akan bermula pada bulan hadapan.

    Pemain berusia 30 tahun ini bukan asing lagi dengan pasukan bawah 23 tahun negara. Beliau pernah menjadi sebahagian daripada pasukan yang merangkul pingat emas ketika Sukan SEA 2011 yang ketika itu diadakan di Indonesia.

    Kami berpendapat pengalaman yang dimiliki oleh Baddrol sedikit-sebanyak mampu untuk membimbing pemain muda negara sekaligus mengukuhkan lagi jentera tengah dan juga serangan pasuka bimbingan Datuk Ong Kim Swee ini.

    Tambah Baddrol, beliau tidak berkecil hati apabila tidak dipanggil untuk menyertai pasukan senior negara dimana rakan sepasukan Baddrol di Kedah seperti Rizal Ghazali dan Syawal Nordin mendapat panggilan.

    Bagi beliau, mewakili pasukan bawah 23 tahun negara adalah satu tanggungjawab yang besar kerana pasukan muda ini berada setaraf dengan pasukan senior. Jadi, beliau mahu menampilkan persembahan yang terbaik pada temasya Sukan Asia nanti.

    Dengan satu kuota pemain lebih umur sudah diisi, kini dua lagi slot bagi melengkapkan tiga pemain lebih umur masih lagi menjadi tanda tanya. Kami merasakan Datuk Ong Kim Swee akan memanggil satu pemain di bahagian serangan dan satu pemain di bahagian pertahanan.

    Untuk pemain di bahagian serangan, Datuk Ong perlu memilih pemain yang sesuai kerana pemain yang bakal dipilih nanti akan menjadi harapan utama pasukan negara untuk mencari jaringan.

    Sama juga halnya dengan pemilihan pemain di bahagian pertahanan. Pemain yang bakal dipanggil nanti harus menunjukkan yang beliau mampu untuk memikul tanggungjawab berat bakal diberikan.

    Walau apa pun, kehadiran Baddrol Bakhtiar memberikan kelebihan buat pasukan bawah 23 tahun negara kerana pengalaman yang dimiliki oleh beliau. Menarik untuk kita saksikan sama ada beliau diletakkan di bahagian tengah ataupun bahagian serangan.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan Datuk Ong Kim Swee yang memanggil Baddrol Bakhtiar sebagai salah seorang pemain yang mengisi kuota pemain lebih umur bagi menghadapi temasya Sukan Asia di Indonesia bulan hadapan? Mmapukah beliau beraksi dengan baik di samping pemain muda negara?

    Baca Juga: 5 Pemain Yang Boleh Dipanggil Oleh Datuk Ong Kim Swee

    Leave a comment

    Your email address will not be published.