• Pasukan Perlis berkemungkinan dibubarkan buat sementara waktu jika Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) masih lagi gagal untuk menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda pasukan.

    Perkara tersebut disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Hamizan Hassan dan beliau berkata pembubaran ini merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil jika PFA masih lagi bergelut dengan masalah kewangan.

    “Saya dimaklumkan kali terakhir pemain dan staf menerima gaji adalah pada Mac lalu. Sehingga kini PFA masih belum mempunyai presiden selepas individu sebelum ini meletak jawatan.

    “Malah jawatan timbalan presiden juga kosong. Sekiranya ahli persatuan tidak mampu teruskan ia mungkin akan terbubar sehingga satu tempoh kita dapat gilap semula bakat baru dan pada masa yang sama akan ada pengurusan baru yang lebih baik,” katanya.

    Tambah Hamizan, kewangan kerajaan negeri yang terhad serta pertukaran landskap politik setelah pilihan raya ke-14 lalu menjadi faktor utama mengapa PFA mengalami masalah kewangan.

    Menurut Hamizan lagi, bola sepak negeri tersebut masih lagi menjadi keutamaan namun ada perkara lain yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan. Kerajaan negeri sebelum ini membantu PFA dari segi menyediakan stadium dan juga tempat latihan serta membenarkan kutipan tiket menjadi milik PFA spenuhnya.

    Jika benar Perlis bakal dibubarkan sementara akibat daripada permasalahan yang mereka hadapi, maka ianya akan menjadi satu kehilangan yang sangat besar bagi bola sepak Malaysia khususnya. Kita sedia maklum satu ketiak dahulu Perlis pernah menjadi pencabar kejuaraan malah pernah memenangi beberapa gelaran antaranya Piala Malaysia pada 2006.

    Selain itu, pembubaran ini bakal menyaksikan Perlis menerima hukumann yang lebih berat daripada FAM. Berkemungkinan besar mereka tidak boleh beraksi kembali dalam pentas Liga Malaysia buat satu masa yang lama kerana membubarkan pasukan.

    Apa yang penting, semoga PFA segera mencari jalan keluar agar bola sepak Perlis tidak terkubur pada masa akan datang.

    Apa pendapat anda mengenai cadangan Hamiza Hassan yang mahukan Perlis dibubarkan sementara waktu bagi menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi ? Adakah ini satu langkah yang tepat ?

    Baca Juga: Apa Sudah Jadi Dengan Perlis ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.