• Lagenda bolasepak Argentina, Diego Maradona, memberikan kritikan terhadap pemain mega bintang pasukan kebangsaan Brazil, Neymar.  Maradona mengatakan Neymar memiliki dua karakter yang berbeza di sepanjang Piala Dunia 2018.

    “Neymar kena tahu bahawa dia boleh membuat kami semua menangis mahupun ketawa,” kata Maradona yang di ambil dari BolaSport.com dari Marca. “Saya ingin menangis ketika pemain Mexico memijaknya, tetapi saya juga ingin ketawa ketika dia boleh berlari selepas insiden itu,” tambah Maradona.

    Namun, walaupun Neymar kadang-kadang sering terjatuh, akan tetapi Neymar tampil dengan persembahan yang cemerlang pada Piala Dunia 2018. Bintang Paris Saint-Germain itu membawa Brazil mengecapi saingan peringkat suku akhir setelah menang 2-0 ke atas Mexico di mana dia berjaya menghasilkan gol. Kini, Neymar tengah bersiap membela pasukan Brazil menghadapi pasukan Belgium pada peringkat suku akhir, pagi Sabtu ini.

    Sumber: BolaSport, Kompas

    Baca Juga: (Piala Dunia) Siapa teman wanita Neymar, Bruna Marquezine?

     

    Leave a comment

    Your email address will not be published.